Oleh Aedi Asri
KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menempelak kerajaan Umno BN yang menolak kehadiran pemerhati luar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin berkata, ia tidak dapat diterima sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri menjadi pemerhati pilihan raya di negara lain.
“SPR sendiri ingin jemput pemerhati luar. (Malah) mereka juga jadi pemerhati semasa pilihan raya di negara lain.
“(Justeru) saya tidak tahu kenapa jadi isu besar apabila Pakatan Rakyat minta Australia jadi pemerhati luar (dalam PRU akan datang),” katanya ketika dihubungi.
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Malaysia tidak memerlukan pemerhati luar untuk memantau perjalanan pilihan raya akan datang.
Maria yang kesal dengan tindakan itu menggesa kerajaan bersikap adil menerima pemerhati luar bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 bersih dan adil.
Pada 12 Julai lalu, SPR dilaporkan berminat menjemput badan pengendali pilihan raya dari negara Asean sebagai pemerhati antarabangsa untuk PRU 13.
SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu.
1 ulasan:
Persoalan:
1. Kelantan, P.Pinang, Selangor jatuh kat PR adakah dengan adanya pemantau dari Australia.
2. Masa pimilihan kemimpinan PKR lalu ada ke jemput pemimpin Australia bagi menentukan ketelusan pemilihan?
3. Masa dia jadi TPM dulu ada ke pernah dia minta bantuan Australia utk memantau PRU dan kenapa sekarang!
Catat Ulasan