Empat
badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap naib
presiden PKR Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan kontroversinya
mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.
Laporan dibuat di
Balai Polis Meru di sini oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru,
Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan Penduduk Kariah
Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah Surau Haji
Kamarudin Meru pada pukul 1 tengahari ini.
Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.
Pengerusi
Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman berkata Nurul Izzah
yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai perlu bertanggungjawab
sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran kenyataannya itu.
Beliau berkata Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila
anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang
itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai
kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov.- Bernama
1 ulasan:
eleh..
jaya ni sibuk2 plak..
aku org meru la..
jaya ni org jawe je..
kecoh2 plak
tak pernh nmpk btg idung kat meru..
ala...
bn dah takde tmpt kat meru lagi lah..
sejak dr rani jdi yb..
hidup masyarakat terbela la sikit.
dari zaman bn dulu
duduk 15 thun kat meru
parit depan rumah mintak tolog korekkan pun siap suh dulukan duit sediri
dgn kubur pun semak samun
la ni?!
terang je..
manjang ade shooting filem
org setempat pun dpt la duit poket sikit..
ni tak..
isu besar je dok kecoh..
Catat Ulasan