Pilihan Raya Umum ke 13 diadakan tahun ini? Ya, nalar kuat mengatakan begitu kerana kalau diadakan tahun hadapan pasti akan tercatat dalam sejarah negara, satu-satunya pilihan raya umum di Malaysia diadakan sehingga rapat ke dinding ialah di zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan dikhuatiri akan menjadi bualan umum, PM takut untuk menghadapi PRU sehingga terpaksa melambatkan tarikh sampai ke penghujung penggal.
PRU 1999 di zaman Tun Dr Mahathir juga agak lambat, tapi tidak sampai
kepenghujung penggal seperti sekarang. Dan kelambatan waktu itu
seperti diketahui umum ialah disebabkan Umno menghadapi krisis politik
yang teruk ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Api reformasi kemudiannya
menyala, Umno berada dalam posisi cemas kerana sebahagian besar pemimpin
dan pendokong parti itu keluar Umno dan menubuhkan parti KeAdilan.
Ketakutan dan kekhuatiran Dr Mahathir untuk mengadakan pilihan raya
waktu itu ternyata munasabah. Parti Umno yang dipimpin beliau tidak
lagi mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Undi orang Melayu
berpecah menjadi tiga iaitu kepada PAS, setia kepada Umno dan parti yang
baru ditubuhkan KeAdilan. Pendokong KeAdilan rata-rata daripada
kalangan Umno.
Apa pula rasional Najib melambat-lambatkan pembubarkan parlimen
seterusnya mengadakan PRU Ke 13? Barangkali Perdana Menteri ke enam itu
terasa khuatir, lebih daripada rasa kekhuatiran yang dialami Dr
Mahathir pada tahun 1999.
Pilihan Raya Umum 1999 menyaksikan pencapaian Umno terjejas. Undi yang
diperolehi Umno di seluruh negara merudung. Umno kecundang di
Terengganu, sementara Kelantan kekal di tangan PAS. Akan tetapi
komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti MCA, Gerakan, MIC dan
parti-parti kolosi mereka di Sabah dan Sarawak tidak terjejas. Aroma
ferormasi yang ditiupkan Anwar Ibrahim hanya terkena Umno saja, yang
lain tak terlibat.
Namun sekarang, senario politik jauh berbeza berbanding 1999.
Barisan Nasional hakikatnya sudah beratakkan. Gerakan, MCA tidak lagi
mendapat sokong majoriti orang Cina. Hanya MIC agak sedikit pulih
kerana ramai diantara ahlinya kembali menyokong BN, namun perubahan
yang tak diduga ialah senario terbaru politik di Sabah mutakhir ini.
Saya sering bertanya khabar teman-teman di Sabah tentang perkembangan
politik di negeri Bawa Bayu dari masa ke semasa. Salah seorang teman
memberitahu gelombang kebangkitan rakyat di Sabah dilihat luar biasa
terutama saat kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini di
kawasan pedalaman Pensiangan, Keningau, Tenom, Papar, Lahad Datu dan
Tawau. Kehadiran rakyat untuk mendengar pidato Anwar ramai sekali.Menurut teman saya lagi, situasi dan kondisi seperti ini menyamai suasana yang dilihatnya saat Parti Bersatu Sabah (PBS) menumbangkan kerajaan Berjaya suatu masa dulu. Sementara di kawasan majoriti Cina seperti Kota Kinabalu dan Sandakan sokongan masyarakat Tiong Hwa jelas kepada Pakatan Rakyat Kawasan etnik Kadazan, Dusun, Murut seperti Keningau dan Pensiangan juga turut memberi isyarat jelas menolak BN. Hanya kawasan bumiputera bukan Kadazan Dusun Murut seperti di libaran, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Semporna dan Tawau yang majoritinya ditandingi Umno masih lagi sukar membuat ramalan. Namun buih-buihnya sudah ada, ombaknya saja belum tampak. Teman saya itu kemudiannya membuat kesimpulan: Setakat hari ini bacaan yang dibuat, Sabah akan tumbang jika pertandingan satu lawan satu. Senario politik di Sabah agak berbeza dengan Semenanjung. Sabah sejak merdeka melalui Malaysia sudah banyak kali bertukar kerajaan. Pada 1976 Datuk Haris Salleh dan Datuk Salleh Sulung meninggalkan Usno, tubuh Berjaya, menyebabkan kerajaan negeri Sabah yang pimpin Usno tumbang. 1984, Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding pula meninggalkan Berjaya dan menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS), kerajaan negeri Sabah pimpinan Berjaya tumbang. 1994, Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dengan menyertai Umno, kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pula tumbang. Dan sekarang menjelang PRU 13 (2012) Datuk Lajim Ukin dan Bumburing meninggalkan Umno, sertai Pakatan Rakyat, nasib Umno belum diketahui, namun daripada urutan fakta itu ternyata ia memberikan gambaran yang menakutkan presiden Umno. Tiori mudah yang diberikan umum ialah; jika Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kerusi yang dimilikinya sekarang dan dengan bantuan kerusi baru dari Sabah, sementara beberapa kerusi Sarawak sebagai bonus, maka Pakatan Rakyat sudah boleh menduduki Putrajaya.
Jika ia ramalan itu
menjadi realiti ternyata nyawa BN berada di hujung tanduk. Dan inilah
yang sangat mengkhuatirkan Perdana Menteri Najib Razak untuk membubarkan
parlimen, seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum 13.
|
Isnin, 12 November 2012
Saat berdebar-debar bagi politikus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan