Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan
Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ada hubungan dengan Al-Arqam, yang
diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 Global
Ikhwan Sdn Bhd sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya,
Ashaari Muhammad.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Badrulamin
ditahan, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan
membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada
majlis tersebut.
Menurutnya
seramai 16 orang telah ditahan termasuk Badrulamin di bawah Seksyen 12
(C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh
disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya
sekali.
Laporan
sebelum ini menyebut bekas pengikut kumpulan al-Arqam cuba menghidupkan
gerakan itu dengan berselindung di bawah nama Global Ikhwan, satu
rangkaian perniagaan.
Mereka ditahan dalam satu operasi malam Khamis lalu.
Majlis Khamis dihadiri sekitar 3,500 orang.
Tambahnya,
“kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki
membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrulamin yang kita telah
ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari
yang sama.
“Setelah itu mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.
“Setelah itu mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.
“Kita
tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam
(yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun
Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah
syarikat Al-Ikhwan,” katanya kepada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas
lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk
“Abuya terus memimpin walaupun ghaib” telah menunjukkan kesalahan dari
segi syariah.
Katanya,
tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati
wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana
terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995.
Antara
aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan
pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan
kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara
ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan “Abuya terus memimpin
walaupun ghaib”, ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang
memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang
dikaitkan al-Arqam.
Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon.
“Hasil
daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang
dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka.
“Masyarakat
patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang
dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil
terhadap syarikat yang menerbitkannya,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan