Isnin, 26 November 2012

Adun BN ‘wakil Syabas’ bukan ‘wakil rakyat’

KL TODAY

 
 SHAH ALAM: Para Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN) diminta tidak menjadi wakil rakyat syarikat bekalan air Selangor, Syabas tetapi menjadi wakil rakyat yang sebenarnya.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sessi soal jawab di DUN Selangor pagi ini kesal kerana wakil rakyat BN lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berhujjah dengan Adun Permatang, Sulaiman bin Abdul Razak yang cuba membela Syabas.

Penyataan Khalid dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha.

Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid  meminta beliau menjelaskan benar atau tidak Kerajaan Negeri telah menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water -NRW).

Khalid menafikan hal itu kerana pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sehubungan itu, beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu.

Khalid juga menegaskan, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstruktorkan semula pekhidmatan air di Selangor.

Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini, kata Khalid, adalah lebih kepada ‘Contract Management’ bukannya ‘Resouce management’.

“Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada,” kata Khalid.

Kempen tipu rakyat

Khalid juga memberitahu, kempen kekurangan air di Selangor kerana penolakan keraajaan negeri terhadap projek Langat 2 adalah kempen tipu rakyat.

“Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai 2 tahun akan datang (selepas ia selesai).

“Lebih baik buat kempen kurangkan NRW (dari kempen tiada air),” kata Khalid.

“Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik,” katanya.

Khalid juga berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini lebih kepada pengurusan kontrak bukan pengurusan sumber.

“Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selanngor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat,” katanya.

Bagi Khalid, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri tetapi “kita tidak buat dengan betul.”

“Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (velue for money),” kata Khalid.

Tiada ulasan: