MSO
Berita kunjungan dua ulamak ke atas Najib. |
Bagaimana pun dalam kunjungan balas itu tidak ada pula Nasharudin tercegak dalam gambar. Yang ada ialah menteri agama Jamil Khir.
Mungkin sudah ada yang menasihat Nasharudin agar tidak menampilkan diri ataupun tidak sedia menjadi jurualih bahasa.
Apa komen dua ulamak janggut lebat itu. |
Video yang memaparkan Najib sedangn menari 'poco-poco' bersama beberapa menteri kabinet termasuk Rais Yatim dan juga memaparkan Rosmah Mansor sedang berduet dengan seorang jejaka berambut panjang membawa lagu "Aku Anak Kampung" sedikit sebanyak menyebabkan rakyat mempersoalkan gaya hidup Najib. Video itu mendedahkan stail kehidupan dan sosial Najib sebenarnya... kalau di rumah beliau dan isteri serta tetamunya boleh menarik apa lagi di luar rumah.
Barang kali elok kalau wartawan media PB cuba memperbetulkan persepsi umum terhadap video berkenaan dengan meminta fatwa dari dua orang Arab berjanggut lebat itu. Tayangkan video itu kepada mereka dan minta komen.
Saya cukup yakin mereka akan mengeluarkan fatwa menghalalkan perbuatan Najib dan isteirnya itu atas alasan ia sesuai dengan ideologi parti anutan Najib. Nescaya kalau dua orang Arab itu memfatwakan halal orang-orang Umno bawahan yang berterima kasih atas pemberian wang rakyat 1 Malaysia RM500 tidak akan merasakan apa-apa terhadap video berkenaan malahan mereka akan puji; wah bagus isteri perdana menteri pandai menyanyi dan Najib pula sporting.
Soal aurat... ia tidak menjadi masalah kerana Jamil Khir menteri agama yang ada di samping 000tidak membuat apa-apa teguran itu, bermakna halallah.
Sorilah catatan utuk release tension.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan