Shahbudin Husin
Untuk
pertama kalinya dalam sejarah sambutan kemerdekaan negara, sambutannya
pada tahun ini menjadi begitu suram dan penuh cacat cela. Ia bukan
saja kerana kurangnya kibaran bendera di rumah, pejabat dan kenderaan
tetapi sambutannya kali ini juga penuh dengan insiden yang memalukan,
tidak sepadan dengan kematangan 55 tahun merdeka yang diraikan.
Tidak
seperti tahun-tahun sebelumnya di mana kibaran bendera Malaysia,
terutama di kenderaan menjadi acara wajib dalam tempoh sebulan sambutan
bulan kemerdekaan, tetapi tahun ini kemeriahannya tidak dirasakan
sama-sekali.Selain kenderaan yang memasang bendera boleh dibilang dengan
jari, sambutan dari syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell,
Petron dan lain-lainnya dalam menjayakan kempen memasang bendera juga
tidak berlaku sama sekali.
Seorang
teman yang melalui lebuhraya utara selatan dari Kuala Lumpur ke Kedah
pada pagi 31 Ogos lalu bersungut kerana didapatinya kenderaan yang
memasang bendera Malaysia di kenderaan sepanjang perjalanan itu hanya
boleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja. Lori dan bas yang
dulunya agak meriah memasang bendera sebagai taktik mengelakkan disaman
polis dan JPJ juga tidak lagi kelihatan berbuat demikian. Dalam
perjalanan pulang ke KL esoknya, beliau juga mendapati keadaan yang
sama. Seperti bukan 31 Ogos layaknya.
Selain
itu, sambutan pada malam ambang merdeka juga sudah berubah menjadi
perhimpunan Janji Demokrasi oleh rakyat pelbagai lapisan yang hadir
dengan berbaju kuning. Ketakutan kerajaan terhadap kemungkinan sambutan
itu menjadi begitu meriah menyebabkan Dataran Merdeka ditutup dan
tiada sambutan menanti detik 12 malam sepertimana kebasaannnya.
Lebih
malang, di ketika itu terselit pula insiden beberapa aksi anak muda
yang menunjukkan punggung dan memijak gambar Najib dan isteri
kesayangannya, Rosmah Mansor. Insiden itu menjadi heboh dan diperbualkan
kerana diperbesar-besarkan sebagai perbuatan biadap anak-anak muda
terhadap pemimpin negara.
Di ketika
yang sama, berlaku juga insiden sekumpulan anak muda mengibarkan
bendera lama negara, Sang Saka Malaya yang kemudiannya juga
diperbesarkan sebagai agenda PR untuk menukarkan bendera negara meskipun
hakikatnya tidaklah begitu dan PR juga tidak pernah terlintas untuk
berbuat demikian.
Sejak dari awal lagi, kesuraman sambutan merdeka kali ini sudah dapat dirasakan. Ini berikutan beberapa negeri yang dikuasai PR mahu mengadakan sambutan merdeka sendiri dengan tema masing-masing kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang mahu digunakan oleh kerajaan.
Sejak dari awal lagi, kesuraman sambutan merdeka kali ini sudah dapat dirasakan. Ini berikutan beberapa negeri yang dikuasai PR mahu mengadakan sambutan merdeka sendiri dengan tema masing-masing kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang mahu digunakan oleh kerajaan.
Tema Janji
Ditepati secara logiknya memang tidak sesuai digunakan untuk sambutan
hari merdeka kerana ia pernah dijadikan tema oleh UMNO dan BN untuk
program kempen dan bertemu rakyat yang diadakan mereka. Tetapi oleh
kerana UMNO dilihat begitu terdesak untuk menjadikan sambutan merdeka
sebagai platform untuk meraih sokongan dan mengungkit jasa-jasa mereka,
maka Najib telah bersetuju dengan Rais Yatim yang pernah membakar
jambatan politiknya sebelum ini, untuk menggunakan tema tersebut.
Haruslah
disedari bahawa era kini rakyat semakin cerdik dan tidak mudah
diperkotak-katikkan. Disebabkan keghairahan mahu meraih keuntungan
politik daripada sambutan merdeka itu, inilah jadinya.
Ia
akhirnya bukan saja menyebabkan sambutan tidak semeriah tahun-tahun
sebelumnya tetapi juga telah dicemari dengan insiden-insiden yang
memalukan Najib sendiri. Jika Najib tidak selemah dirinya sekarang dan
mempunyai kekuatan moral untuk menghadapi cabaran politik yang sedang
berlaku, beliau pastinya tidak membenarkan sambutan memrdeka
dipolitikkan untuk kepentingan UMNO. Sambutan merdeka sepatutnya menjadi
acara tahun untuk semua rakyat tanpa mengira parti, kaum dan fahaman
politik.
Sebenarnya
dari awal lagi, kesuraman itu sudah dapat dirasakan berikutan bantahan
pelbagai pihak terhadap tema itu. Ia akhirnya menjadikan beberapa
negeri yang dikuasai PR memilih tema sendiri, sebangsa, senegara,
sejiwa.
Tetapi
oleh kerana kerajaan Najib agak berdegil untuk mendengar suara rakyat
dan gagal mengotakan janji bahawa era kerajaan mengetahui
segala-galanya sudah berakhr sebagaimana yang sering dijadikan mainan
mulutnya untuk menunjukkan prihatinnya kepada rakyat, beliau terpaksa
menerima kesan yang memalukannya akhirnya.
Jika dari
awal tema politik tidak digunakan dalam sambutan merdeka tahun ini,
pastinya insiden menunjuk pungggung dan memijak gambar Najib dan
isterinya tidak akan berlaku. Insiden itu tidak direstui oleh sesiapa.
Kibaran bendera sang saka Malaya juga tidak wujud. Sambutan merdeka
dengan tema berasingan juga tiada keperluan lagi.
Jika tema
Janji Ditepati tidak digunakan, himpunan Janji Demokrasi dengan baju
kuningnya juga tiada ruang untuk menonjolkan diri.
Walaupun
Himpunan Janji Ditepati dan tweet merdeka kepada Najib yang diatur oleh
Rais dilihat agak berjaya dengan kehadiran lebih 100 ribu dan tweet
kepada Najib kononnya mencecah lebih 3.6 juta tetapi beberapa
pendedahan kemudiannya menunjukkan ianya dilakukan melalui mainan
orkestra palsu yang bersandarkan wang ringgit dan upahan yang tentunya
juga menunjukkan sokongan palsu yang didapati.
Ia
akhirnya memaksa Najib sendiri menempelak sambutan ambang merdeka di
Selangor yang tidak melibatkan Sultan sebagai isu untuk meraih simpati
umum meskipun sejarah telah menunjukkan tidak pernah sambutan ambang
merdeka peringkat Pusat sekali pun menjemput Yang Dipertuan Agong
sebelum ini. Bahkan sambutan malam 31 Ogos di Stadium Bukit Jalil pun
tidak menjemput Yang Dipertuan Agong juga.
Tidak
dapat dinafikan bahawa kecacatan sambutan merdeka dan pelbagai insiden
yang berlaku tahun ini adalah disebabkan kelemahan Najib sendiri. Dari
awal lagi bantahan rakyat sudah dapat dirasakan tetapi Najib melalui
kuasa yang diwarisinya daripada sisa mandat Pak Lah pada 2008, seperti
cuba untuk melawan kuasa rakyat yang mahu sambutan merdeka bebas
daripada elemen politik kepartian.
Oleh
kerana sambutan merdeka pun cuba dipolitikkan, maka Najib terpaksalah
menerima kesan politik yang ditunjukan oleh rakyat sendiri. Beliau
boleh mengelakkan daripada awal lagi jika mampu menunjukkan intergriti
tinggi sebagai PM dan peneraju negara.
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di
tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat
di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi
Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan,
Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib
Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju.
Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk
Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan
Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan