Selasa, 13 Mac 2012

Undang-undang ganti ISA di peringkat draf

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih di peringkat draf oleh Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebaik selesai proses draf, ia kemudiannya akan dibawa ke Kabinet dan kerajaan komited dalam memastikan wujudnya satu akta selepas pemansuhan ISA.

''Segala butiran ada dengan Peguam Negara (Tan Sri Gani Patail). Saya sendiri belum melihat draf itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-12 di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, bagi menggantikan ISA, terdapat beberapa elemen baru yang ditekankan dalam akta baru itu nanti.

Elemen-elemen itu ujarnya, berkaitan tempoh tahanan, layanan terhadap mereka yang ditahan, hubungan dengan keluarga mereka yang ditahan dan proses untuk membuat rayuan dalam masa tertentu.

Tiada ulasan: