Selasa, 13 Mac 2012

Suami Shahrizat Tengking Wartawan Ambil Gambarnya

KELAB GREENBOC




D
atuk Seri Mohamed Salleh Ismail, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat berhubung pinjaman kerajaan berjumlah RM49 juta kepada Pusat Fidlot Nasional ((NFCorp).

Tuduhan itu dibaca kepada pengerusi eksekutif NFCorp dan beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu termasuk dua tuduhan lain di bawah Akta Syarikat.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anaknya Izmir diiringi ahli keluarga terdekat dan penyokongnya turut berada di mahkamah.

Kes itu akan dibicarakan paada 13 April ini bagi membolehkan pihak pendakwaraya kemukakan dokumen bukti tambahan bagi perbicaraan berkenaan.

Mohamed Salleh dibebaskan dengan ikat jamin RM500 ribu untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan sementara menunggu perbicaraan.

Suasana di luar mahkamah menjadi tegang sedikit sebaik sahaja pertuduhan kes itu selesai apabila Mohamed Salleh menengking wartawan dan juruugambar yang meramkan gambar beliau.

"Mengapa ambil gambar?! Belum didapati bersalah lagi!" tengking beliau kepada sekumpulan jurugambar di luar pintu bilik mahkamah.


Shahrizat, semalam, mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh senatornya berakhir 8 April ini.

NFC yang dimiliki oleh suami beliau terpalit dengan tuduhan menyalah guna pinaman RM250 juta kerajaan untuk membeli kondominium di Malaysia dan Singapura selain membiayai perniagaan yang diluar terma pinjaman itu.

Shahrizat akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional namun sudah hampir pasti beliau tidak akan dipilih menjadi calon untuk pilhanraya umum ke 13. -antarapos

Kredit foto: pelbagai sumber. Terima kasih kepada semua pemiliknya







Kronologi




Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Tiada ulasan: