Ahad, 4 Mac 2012

Sindiran kepada Hasan, Star hina Islam terhangat

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sindiran blogger Mimpi Senja terhadap sambutan ceramah Presiden Jati, Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS menggunakan tajuk “10 ribu hadir ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang” adalah artikel terhangat di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-9.

Dalam blognya, Mimpi Senja memaparkan gambar-gambar yang amat berlawanan dengan tajuk artikel beliau, yang kemudiannya diakhiri dengan satu sindiran tajam “sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah Hasan Ali beb.. sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dengan lautan manusia.. kah kah kah.”

Pada tangga kedua, ialah persoalan mengapa akhbar milik MCA, The Star sanggup memaparkan gambar penyanyi Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah di badannya yang disiarkan di bahagaian Star 2 - Music muka surat 17 pada 27 Februari 2012.

Lanjutan daripada itu, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil editor-editor The Star untuk menjawab kesilapan ‘terlepas pandang’ akhbar tersebut, yang sudah kali ketiganya terang-terang menghina Islam. Namun, sehingga ini, tiada pemimpin Umno yang tampil untuk mengutuk akhbar milik rakan baik mereka.

Penjelasan Ketua Penerangan PKR Selangor Dr Badrulamin Bahron yang dituduh berkhalwat menduduki tempat ketiga, manakala pendedahan SAMM bahawa gangster-gangster yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat ada hubungan intim dengan pemimpin Umno menduduki tangga keempat.

Pada tangga kelima, ialah cerita bagaimana Ustaz Azhar Idrus terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.

Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 26 Februari hingga 3 Mac, 2012.

1

10 ribu hadir ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang

2

Kenapa akhbar The Star siar gambar ini?

3

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron

4

SAMM dedah gambar gangster dengan pemimpin Umno

5

Cerita Ustaz Azhar, rakan bantu mangsa sihir

6

Rakyat Kelantan sambut 'meriah' kedatangan Najib

7

Kes khalwat Badrulamin tidak kuat - sumber JAIP

8

Nizar ziarah keluarga pelajar dirogol, bunuh

9

The Star mohon maaf siar gambar Erykah Badu

10

Wanita kes Badrolamin: 'Fitnah, saya tidak khalwat'

Tiada ulasan: