Sabtu, 24 Mac 2012

Siasat peguam: Majlis Peguam bantah SPRM

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak mengarahkan agar kenyataan diambil dari peguam yang memberikan khidmat kepada anak guam mereka.

"Tindakan SPRM adalah satu tindakan membuli peguam, dan boleh menganggu kebebasan peguam untuk bertindak bagi pihak anakguamnya tanpa takut dan gentar," kata Lim Chee Wee Presiden Majlis Peguam dalam satu kenyataanya hari ini.

Peguam Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar yang bertindak sebagai peguam kepada Datuk Shamsubahrain Ismail dan mengiringinya semasa disoalsiasat oleh SPRM telah turut diarahkan disoal siasat oleh SPRM.

Bagi Majlis Peguam, kehadiran peguam semasa sesaorang individu disoalsiasat akan melahirkan akaunterbiliti kerana peguam bertindak sebagai pengawal kepada hak orang yang disiasat.

Dia juga boleh bertindak sebagai check-and-balance (semak dan imbang) di tempat kejadian dari sebarang salahlaku, katanya.

Bagi Majlis Peguam, sudah menjadi amalan dan pengesahan di peringkat antarabangsa, para peguam dibenarkan bertindak bagi anakguamnya untuk mendapat keadilan.

Sehubungan itu, Majlis Peguam meminta SPRM menarik balik notisnya untuk menyoalsiasat para peguam itu dan membenarkan para peguam menjalankan tugasnya secara profesional tanpa gangguan.

Tiada ulasan: