SHAH ALAM — Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata keluarga seorang pengurus kanan bank telah dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan pisau di rumah banglo mereka di Jalan Lapangan Terbang Subang, dalam pukul 5 pagi hari ini.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata bahawa kumpulan perompak itu telah mengikat dua pengawal keselamatan warga negara Nepal sebelum mengumpil salah satu daripada tingkap dan masuk ke dalam rumah itu.
Perompak yang memakai topeng itu kemudian mengikat isteri dan tiga anaknya sebelum menggeledah rumah itu.
Semasa kejadian itu pengurus bank berkenaan tidak berada di rumah kerana mempunyai urusan rasmi di Sabah.
Zahedi menambah bahawa kumpulan perompak itu kemudian melarikan barang kemas, wang tunai, mata wang asing dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM200,000.
Sehingga ini tiada tangkapan dibuat namum polis telah menyoal siasat kedua-dua pengawal keselamatan itu untuk membantu dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan