"Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat," kata Presidennya Tan Sri Joseph Kurup.
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di negeri itu.
“Pendirian PBRS dalam perkara ini amat jelas iaitu mengharap dan mempunyai keyakinan penuh agar kerajaan Pusat menyegerakan pewujudan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.
“Saya percaya kerajaan Pusat sedar serta memahami tentang keadaan ini dan kita mengharapkan agar penubuhan RCI akan menjadi realiti dalam masa terdekat,” kata Presidennya Tan Sri Joseph Kurup ketika berucap pada majlis ulang tahun PBRS ke-18 di sini, malam tadi.
Beliau merayu kepada para pemimpin atasan BN supaya “melepaskan” rakyat Sabah daripada kerisauan dan kebimbangan tentang masa depan mereka ekoran kehadiran PATI di negeri itu.
Kurup berkata parti itu juga akan terus mempertahankan hak asasi tanah anak tempatan, satu daripada isu yang kini hangat diperdebatkan di negeri ini
Sokong BN
Beliau mengajak rakyat Sabah supaya memberi kemenangan yang besar kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Beliau berkata perjuangan rakyat negeri ini belum selesai, dan perjuangan itu hanya dicapai melalui BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
“Marilah kita renung bersama…Sebenarnya hasil perjuangan BN, kita semua rasai keseronokan hasil ekonomi yang terus berkembang serta keharmonian suasana yang cukup baik di kalangan semua masyarakat Malaysia.
Sehubungan itu, Kurup menyeru semua anggota PBRS di 22 bahagian supaya bersatu dan menyokong calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon BN, bertanding di kawasan berkenaan.
“Marilah kita berpegang tangan untuk memberi mandat kepada BN demi kebaikan bersama,” katanya.-Bernama
24 ulasan:
I shared the same sentiments as PBRS, hope that the Federal Government will finalize the terms and reference as soon as possible so that it can be implemented before the next general elections in order to clear up the illegal immigrants problem.
The Federal Government should announce the implementation for this RCI soon.
Hope that PM Najib Razak and CM Musa Aman will continue to do their best for Sabah's developments and future. Good to see PBRS being supportive to the BN party hopefully BN will never disappoint their supporters.
THe RCI is now at its final phase. There still the matter of 'term of reference'.
These terms of reference needs to be look into with grave details and should not be rush. All contributing factors must be look into.
Once these terms of reference is finalize, I'm sure the Primier will make the announcement in accordance to the wishes of the people of Sabah.
For the time being, we still have the federal government's 6P as well as the state government 5P program which aims to address this matter.
Once the RCI is established, hopefully its findings will enhance if not compliment the latter programs to counter the illegal immigrant issue
ika benar hanya RCI sahaja yang dapat menyelesaikan isu PTI, maka mudah-mudahan PM kita akan meluluskan penubuhannya sebelum PRU nanti
walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar
Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua
Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera.
jangan membiarkan PATI di Sabah menjadi penentu masa depan di negeri ini..
RCI harus ditubuhkan segera untuk menyiasat projek IC di sabah..
dengan penubuhan RCI ini juga dapat membuktikan keikhlasan kerajaan BN terhadap rakyat tulen sabah yang kini menderita disebabkan kehadiran PATI yang terlalu ramai di samping PATAI yang turut menikmati hak dan keistimewaan sebagai rakyat sabah.
selain itu, tohmahan2 pembangkang yang mempolitikkan RCI dan PATI dapat dipatahkan dengan adanya RCI..
Tunggu saja pengumuman dari PM, harap Sabah tidak menunggu lama.
Harap jika RCI di tubuhkan, masalah PATI akan dapat di selesaikan.
Pihak pembangkang akan sentiasa memanaskan isu RCI selagi ia tidak di tubuhkn.
UPKO telah mengemukan mengenai RCI kepada PM dan PM telah setuju akan penubuhahan, kini ia telah diperbincangkan di kabinet dalam menentukan terma rujukan penubuhannya. RCI pasti akan ditubuhkan tak lama lagi. kerajaan takkan biarkan isu PATI berterusan di Sabah.
jika masalah PATI dapat diselesaikan, pasti masalah2 utama di Sabah seperti jenayah, kemiskinan dan masalah sosial lain dpt diselesaikan.
Baguslah kalau kalau PBRS terus memperjuangkan RCI untuk Sabah. Semangnya parti kerajaan BN Sabah akan meneruskan usaha bagi memastikan kerajaan persekutuan meluluskan apa yang kerajaan Negeri inginkan.
Kita sedia maklum yang mana RCI adalah satu cara yang dapat menyelesaikan RCI dengan melakukan penyiasatan yang terperinci.
jika Najib berani tubuhkan PSC untuk memperbaiki sistem pilihanraya serta memansuhkan ISA yang tidak pernah dilakukan oleh PM sebelum ini, tidak mustahil beliau juga berani menubuhkan RCI untuk menyelesaikan masalah PATI dan Projek IC di negeri ini..
RCI memang wajar ditubuhkan secepat mungkin, namun ia juga perlu dirancang dengan teliti dan berhati2, bukannya secara tergesa2..
Catat Ulasan