Selasa, 6 Mac 2012

PAS gerakkan 1,000 ahli ke demo tanah Sabah

MALAYSIA KINI

PAS Sabah berjanji menggerakkan 1,000 anggota untuk menyertai perhimpunan mempertahankan tanah adat daripada pelbagai masalah di negeri itu yang dianjurkan kumpulan NGO pada 12 Mac ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah berkata, pihaknya menyokong perhimpunan yang dinamakan "123 Bangkit" bagi membebaskan rakyat daripada dibelenggu "penindasan dan penyelewengan" hak pemilikan tanah.

NONE"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini.

"Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," katanya.

Dalam perhimpunan sama dua tahun lalu, penganjur mendakwa berjaya menghimpunkan hampir 5,000 peserta.

Semalam, Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) mengumumkan perhimpunan itu kerana isu tanah adat Sabah didakwa kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Setiausaha TABAH Lahirul Latigu berkata isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi.

Dalam kenyataannya hari ini, Hamzah mempersoalkan kenapa angka 977 kes - tertinggi di seluruh negara - masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

"Apakah (angka) ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" sindirnya yang pengerusi biro undang-undang dan hak asasi manusia PAS negeri.

Beliau mengingatkan penyokong PAS yang menghadiri perhimpunan itu supaya tidak melakukan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

23 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Aku rasa cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah Tanah Adat adalah dengan penubuhan satu Tribunal untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat tentang isu ini.

Anak Sabah berkata...

Demonstrasi sebenarnya bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah, budaya ini tidak sepatutnya digalakkan terutamanya dalam negeri yang aman damai seperti Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan dan demo telah menular ke Sabah. Inilah budaya yang dibawa oleh parti pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Isu tanah memang sudah lama membelenggu rakyat Sabah dan dilaporkan bahawa Sabah merupakan negeri terbanyak yang mempunyai kes berhubung dengan isu tanah.

jackie berkata...

Rasanya penubuhan Tribunal akan dapat menyelesaikan masalah tanah.

jackie berkata...

Pas sebenarnya tidak perlu membawa demo ke sabah.ii hanya akan merumitkan keadaan saja.

jackie berkata...

Harap masalah ini akan segera selesai agar semua pihak berpuas hati.

Tanpa Nama berkata...

melakukan demo bukan jln penyelesaikan, byk lagi cara yang lebih baik.

Nemia berkata...

Why PAS has to be so busy body this days?

onong berkata...

Memang tidak salah untuk membuat demo asalkan ia tidak melanggar undang2, seperti kata Dompok.

Ezef berkata...

Let's see what's gonna happen soon.

POP berkata...

Haruskah kita menjalankan demo ini?

thinaj berkata...

Demo wouldn't do any good. It may cause chaos instead. The best way is to set up tribunal.

thinaj berkata...

I doubt PAS sincerity to help the people. When it comes to PAS, there is always ulterior motive.

Unknown berkata...

Terpulang dengan PAS untuk menghantar ahli mereka. Namun rasanya budaya demo seperti ini bukannya cara kita dibawa-bawa untuk generasi kita.

Unknown berkata...

Lebih baik menyelesaikan dengan melakukan perbincangan antara semua pihak bagi mendapat penyelesaian yang terbaik dan tanpa ada huru hara.

Hinamori berkata...

ssTidak perlulah adakan perhimpunan. Berapa banyak contoh perhimpunan aman berakhir dengan keganasan.

Tanpa Nama berkata...

mana la PAS mahu terlepas peluang berdemo.. memang sudah sebati dengan perjuangan PAS..

Tanpa Nama berkata...

bukankah ada dikalangan pemimpin2 pakatan terdiri dari peguam?? dan bukankah Pakatan mampu menggunakan khidmat peguam handalan?? kenapa tidak bantu saja penduduk kampung yang tertindas melalui saluran mahkamah??

Tanpa Nama berkata...

bagi saya PAS hanya menggunakan demo ini sebagai jalan pintas untuk merampas kerajaan dengan mempergunakan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.. sebab itu masalah air di kelantan tidak boleh selesai walaupun selepas lebih 20 tahun mentadbir negeri itu.. setiap masalah akan dibawa ke jalan raya..

Tanpa Nama berkata...

Patutlah Mazlan Alaiman kena tahan. Memang patut pun. Jangan bawa "budaya" kasar ke negeri ini.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan negeri kena bertindak pantas untuk cari jalan penyelesaian sebelum dikeruhkan lagi oleh pihak pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah parti yang mahu berlagak "hero" di hadapan rakyat. mereka hanya mahu meraih undi semata-mata.