Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung video dan juga foto lucah yang diterimanya melalui telefon bimbit.
Teo berkata, bahan lucah yang diterimanya itu merupakan video dan foto dalam kiriman multimedia bertajuk "Anuwar Pembohong" dan "Anwar Tidak Bermoral."
Gambar dan video berkenaan menunjukkan seorang lelaki bogel.
Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar itu tiga kali, antara jam 10.28 malam 19 Mac dan 7.52 pagi keesokan harinya.
Foto dan klip video tersebut, yang disaksikan Malaysiakini, merupakan sebahagian daripada video lucah kontroversi yang sebelum ini didedahkan oleh trio 'Datuk T.'
Isnin, 26 Mac 2012
MP terima video, foto lucah 'Datuk T'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan