SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.
“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.
Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.
Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.
“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.
“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan