KUALA LUMPUR- Kes pembelian kapal selam Scorpean akan dibicarakan di mahkamah terbuka Perancis tidak lama lagi.
Menurut pembawa kes itu, Suaram - sebuah pertubuhan hak asasi Malaysia, selepas tiga tahun diselidik akhirnya kes itu akan dibicarakan.
Tiga tahun lepas, Suaram meminta mahkamah Perancis mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan kapal selam Perancis, DCNS ekoran dakwaan rasuah.
Suaram mendakwa, pembeli kapal selam dari syarikat ini iaitu kerajaan Malaysia telah memberikan rasuah ketika pembelian kapal ini.
Pembelian ini dibuat melalui Perimekar, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Abdul Razak Baginda, penasihat strategik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Maklumat lanjut akan diberikan dalam sidang media esok," kata Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai.
Para peguam Perancis yang dilantik Suaram sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk membuat kajian berikutan kes ini.
Yang terakhir, pada 22 Julai tahun lepas, salah seorang dari mereka hanya sempat berucap di Pulau Pinang sahaja tetapi dihantar pulang oleh Kuala Lumpur.
Wiliam Bourdon , dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh pegawai imigresen .
Beliau sepatutnya hadir untuk berucap dalam majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia di Petaling Jaya pada 22 Julai 2011, bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen RM540 juta.
Bourdon sebelum itu berada di Bayan Baru, Pulau Pinang bagi membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum, sebelum berlepas ke KLIA pagi 22 Julai itu.
Namun beliau bersama isterinya ditahan oleh Pegawai imigresen di dalam pesawat yang dinaikinya sebaik sahaja mendarat di KLIA.
Peguam itu ditahan lebih lima jam di pusat tanahan imigresen KLIA tanpa dibenarkan mendapatkan akses peguam, serta diarahkan untuk pulang semula ke negaranya.-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan