Khamis, 15 Mac 2012

IGP: Kehadiran polis akan dipertingkatkan

MALAYSIA KINI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis akan meningkatkan kehadiran anggotanya di kawasan awam temasuk lokasi pengangkutan awam sebagai usaha mencegah jenayah.

NONEBeliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan orang awam dan pengguna perkhidmatan awam sentiasa berasa selamat sejajar dengan hasrat inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan bagi mengurangkan kadar jenayah.

"Memang saya dapat laporan melalui pelbagai cara dan pagi ini saya sendiri menaiki LRT (transit aliran ringan) dan bertanya apa perasaan mereka ketika menaiki LRT dan jawapan yang saya terima semua jawab selamat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Stesen LRT Jelatek di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail menaiki pengangkutan rel itu ke beberapa stesen LRT serta bertemu mesra dengan pengguna yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar ibu negara mulai jam 8 pagi sehingga 10 pagi ini.

Ismail berkata, melalui tinjauan turun padang itu beliau dapat mendengar sendiri pendapat pengguna perkhidmatan awam mengenai aspek keselamatan serta saranan mereka. Bernama

Tiada ulasan: