MALAYSIA KINI
Ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan), yang pada mulanya mensyaki surat arahan yang ditandatangani oleh Mong itu adalah palsu, berkata pada laman Twitter hari ini bahawa perbuatan berkenaan adalah "politik lama" dan "salah".
"(Tindakan) Mong adalah salah. Beliau perlu menarik balik surat itu. Itu cara politik sangat lama. Bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kurang Upaya mesti melampaui hubungan politik," kata Abdul Rahman.
Turut bersependapat dengan beliau, adalah Ketua Pemuda Gerakan Selangor Liew Pok Boon yang menyatakan rasa terkejutnya dengan arahan, Mong, yang dikeluarkan pada bulan Disember tahun lalu.
"Kami terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan seperti ini," kata Liew dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa setiap warganegara yang layak berhak mendapatkan bantuan, tanpa mengira pegangan politik mereka.
Pada Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (kiri) berkata, kerajaan tidak akan membenarkan insiden serupa untuk berterusan.
"Saya percaya kerajaan persekutuan tidak akan melakukan perkara-perkara seperti ini,” kata Koh sambil menambah bahawa beliau perlu menyiasat perkara itu terlebih dahulu.
Selain pemimpin BN, tindakan Mong juga dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.
Ahli parlimen Selayang, William Leong menggesa layanan tidak adil serta penindasan ke atas penyokong pembangkang dihentikan.
Jumaat lalu,pekebun itu Frusis Lebi membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.
Mong (kanan) ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.
"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.
"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.
Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.
Walau bagaimanapun, menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.
Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.
Katanya, beliau menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.
11 ulasan:
Bantuan kebajikan kepada rakyat dalam kesukaran perlulah diberikan tanpa mengira undian mereka sama ada terhadap BN ataupun Pembangkang.
Harap bantuan kepada Frusis perlulah disambung semula, semoga jabatan kebajikan akan mengambil tindakan yang betul dalam isu ini.
Ini memang tidak adil buat individu OKU tersebut. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan selama ini adalah adil dan bukan diberi berdasarkan pegangan politik mereka.
'Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.'
Rasanya rakyat mempunyai hak untuk menyokong mana2 parti yang mereka percayai. kenapa perlu ada tindakan yang ekstrim seperti ini?
bantuan harus diberikan kepada semua tak kira ia penyokong kerajaan atau pembangkang.
nRasanya mereka menyokong siapa pun itu tidak penting yang penting bantuan semua orang pun akan dapat.
Jika kita berbuat demikian, maka apa yang rakyat fikirkan dan ini akan menyebabkan orang tersebut tidak akan menyokong kerajaan jik kerajaan tidak membantu mereka hanya kerana penyokongn pembangkang.
Tapi cuba fikir sendiri jika kita tolong mereka walaupun mereka penyokong pembangkang, lama kelamaan mereka akan tertarik dengan parti kerajaan dan akan menyokongn kerajaan selepas itu.
mungkin nasib Frusis Lebi akan bertambah baik selepas ini memandangkan pemimpin2 kerajaan BN yang lain menyokong hak beliau sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai penyokong pembangkang..
saya harap Datuk Mong dapat mengembalikan semula hak pekebun kurang upaya ini dan jangan terlalu bersikap kepolitikan dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat..
Diharap pemimpin lebih bersikap profesional kerana ia memberi kesan kepada parti secara keseluruhannya.
Undi adalah hak masing2. Kenapa mahu pertikaikan pilihan masing2?
Catat Ulasan