Ahad, 18 Mac 2012

COOP1M tawar harga barang lebih murah

Penduduk Sabah, Sarawak nikmati harga sama di Semenanjung

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah



KOTA KINABALU: Penduduk Sabah dan Sarawak akan menikmati harga barang Coop 1Malaysia (COOP1M) yang sama seperti ditawarkan di Semenanjung, malah mungkin lebih murah dalam usaha berterusan kerajaan meringankan beban penduduk kedua-dua negeri ini berikutan kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata COOP1M diwujudkan menerusi pelantikan beberapa koperasi utama di Sabah dan Sarawak sebagai pusat pengedaran barang yang dikeluarkan.

Selain mengedar kepada peruncit biasa dan kedai koperasi kecil di seluruh negeri, pusat pengedaran terbabit turut menjual terus barangan COOP1M di pasar raya serta kedai koperasi milik masing-masing dengan harga 30 peratus hingga 40 peratus lebih murah berbanding barang berjenama terkenal.

“Di mana-mana kita pergi, kita jumpa pemimpin Sabah dan Sarawak yang membangkitkan isu harga barang yang mahal di kedua-dua negeri itu berbanding di Semenanjung.

“Sebab itu, kita wujudkan Coop 1Malaysia bagi menangani masalah ini dan saya ingin umumkan harga barang Coop 1Malaysia adalah seragam di seluruh negara,” katanya kepada media selepas merasmikan pusat pengedaran dan pasar raya Koperasi Perkhidmatan Awam Sabah (KHIDMAT) Berhad, di Kolombong, dekat sini, semalam.

Katanya, di Sabah, pusat pengedaran barang COOP1M dilakukan menerusi pelantikan tiga koperasi utama di ibu negeri, Tawau dan Lahad Datu serta empat pengedar kecil di Putatan, Keningau, Kota Belud dan Tawau sebagai pengedar produk berjenama COOP1M di negeri ini.
Beliau berkata, pada masa ini, sebanyak 38 produk COOP1M diedarkan di negeri itu dengan sebahagian besar dipasarkan di koperasi terbabit sejak awal Februari lalu.

Ismail Sabri berkata, pihaknya juga mengambil keputusan mengembangkan program pengedaran barangan COOP1M di Sabah dan Sarawak bagi meringankan beban pengguna selepas kedua-dua negeri belum memiliki Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual barang berjenama 1Malaysia seperti yang ada di Semenanjung.

“Kualiti dan harga barang COOP1M tiada bezanya dengan barang 1Malaysia yang dijual di kedai KR1M di Semenanjung. Kita mengambil keputusan mengedarkan produk COOP1M bagi mempercepatkan kemasukan barang lebih murah untuk meringankan beban pengguna di Sabah dan Sarawak,” katanya.

13 ulasan:

sabaheco berkata...

The cooperative Commission Malaysia (SKM) is aiming to have at least one operator for distributing Coop 1 Malaysia products in every district in Sabah.

sabaheco berkata...

This was to complement the government efforts of standardizing daily goods prices between peninsular Malaysia and Sabah, by ensuring the cheaper Coop 1Malaysia products could reach everyone, including those in the rural district.

sabaheco berkata...

Priority was also being given to finding suppliers in Sabah, which would help reduce the cost of transporting the products to distributors’ outlets.

sabaheco berkata...

The ministry was planning to do further business matching with Sabah’s SMEs and was hoping that local manufacturers could come up with new products to be added to the Coop 1Malaysia product list.

sabaheco berkata...

This was not only logistically cheaper but would also help boost the local SMEs.

Green Sabah berkata...

Hope that the COOP1M in Sabah and Sarawak can help reduce the burden of the locals after it was set up. Good move from the government.

Green Sabah berkata...

This may be one of the ways to help reduce the issues where the cost of goods are high in Sabah and Sarawak. Hopefully the COOP1M can help reduce this problem and benefit the people.

TuhauBam berkata...

Diharap dapat memenuhi keperluan rakyat Sabah dan Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

bgslah.. penyelarasana harga antara Semenanjung dgn Sabah dpt memastikan penduduk Sabah dpt menikmati kehidupan yang sama, ini dpt ringankan beban penduduk Sabah, kerajaan mmg amat prihatin akan nasib penduduk Sabah.

Hamdan Hadillah berkata...

baguslah kalau mcam itu. Kita tunggu perlaksanaan COOP1M ini nanti.

Hamdan Hadillah berkata...

Kerajaan sememangnya cuba membantu untuk memastikan raky dapat menikmati harga barang yang murah dan berpatutan.

Tanpa Nama berkata...

saya harap pemimpin2 pembangkang tempatan akan tampil memuji langkah kerajaan ini memandang mereka sebelum ini giat mengkritik kerajaan berkenaan dengan harga barang yang tidak seimbang antara Sabah dengan negeri2 di semenanjung..

Tanpa Nama berkata...

adakah COOP1M ini sebagai ganti KR1M? atau hanya bersifat sementara sebelum KR1M dapat diwujudkan di negeri ini?