Sabtu, 27 Oktober 2018

Ahmad Maslan beri 5 sebab Zahid perlu kekal galas tugas presiden

Diyana Ibrahim, Astro Awani
Ahmad Maslan beri 5 sebab Zahid perlu kekal galas tugas presiden
AHMAD: YB Zahid Hamidi wajar terus menggalas amanah sebagai Presiden UMNO. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi lima sebab mengapa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu kekal sebagai presiden parti.

Menurut beliau, peraturan UMNO yang menggariskan ahli berjawatan tinggi perlu bercuti jika didakwa di mahkamah tidak lagi terpakai apabila UMNO kini menjadi pembangkang.

Katanya lagi, pendakwaan Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram itu berunsur politik.
 
"YB Zahid Hamidi wajar terus menggalas amanah sebagai Presiden UMNO," tulisnya, diikuti dengan lima sebab yang disenaraikannya.


Beliau berkata demikian susulan daripada cadangan Pemuda UMNO yang menyarankan Ahmad Zahid patut direhatkan sebagai presiden.

Kenyataan Pemuda UMNO itu mengundang pelbagai reaksi dan konflik dalam parti itu sendiri.

BACA: Digesa Pemuda UMNO untuk bercuti: Ini jawapan Zahid...

BACA: Pemuda UMNO gesa Zahid cuti seketika

Tambah Ahmad, Ahmad Zahid juga belum didapati bersalah dan proses mahkamah bagi pendakwaan tersebut mengambil masa dan ia bukan dijalankan setiap hari.

Jelasnya, kepimpinan UMNO juga perlu bersama dalam susah dan senang.

Coretan Ahmad Maslan di Twitter itu turut dikongsi oleh Ahmad Zahid dalam sosial itu. 
 
 

Tiada ulasan: