Sabtu, 26 November 2016

Tanah Runtuh: Kerja pembaikan jalan diambil alih JKR - Azmin Ali

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SERENDAH: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk segera menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Serendah, awal pagi tadi.
 
Azmin yang kini berada di Jepun atas urusan kerja, dimaklumkan berkenaan kejadian itu, beberapa jam selepas ia berlaku.
 
Dalam beberapa siri tweet di akaun Twitter, Azmin berkata kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
 
 
Dalam tweet terbarunya, Azmin memaklumkan JKR Selangor akan segera ambil alih kerja-kerja pembaikan jalan yang runtuh.
 
Kesemua kos akan dibiayai oleh peruntukan kerajaan Negeri.
 
Dalam kejadian di Taman Idaman, Serendah itu, seorang dilaporkan cedera, manakala sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
 
 

Tiada ulasan: