Khamis, 3 November 2016

SPRM tutup kes dakwaan ‘habuan seks’ Rafizi

SPRM_MACC_malaysian_anti-corruption_commission_27072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_04 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berhubung dakwaan ‘habuan’ seks yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kerajaan negeri Selangor.

Pihak SPRM mendapati tiada bukti wujudnya perkhidmatan seks yang melibatkan urusan dengan kerajaan negeri Selangor, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

“Ada pernah dakwaan dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana, beritahu tentang perkhidmatan seks. Itu disiasat

“Bila disiasat, bukti (mengenainya) kita dapati tidak wujud,” kata Razali ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, dengan tumpuan kepada SPRM dan Felda.

Ini merujuk kepada aduan kepada SPRM oleh Rafizi mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk wanita dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata tuduhan itu adalah sebahagian daripada kempen untuk memburuk-burukkan kerajaannya.

Razali menyentuh tentang dakwaan tersebut ketika menjawab soalan mengenai siasatan SPRM terhadap 1MDB di Parlimen malam tadi.

Tiada ulasan: