Selasa, 1 November 2016

Rafizi didenda RM 1,950 anjur Blackout 505

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 selepas mengaku bersalah menganjurkan perhimpunan Blackout 505, tiga tahun lalu.  
 
Hakim Mat Ghani Abdullah mengenakan hukuman denda itu terhadap Rafizi; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; bekas Sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar dan ADUN Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
 
Kesemua tertuduh mengaku salah atas pertuduhan pilihan pindaan iaitu sebagai penganjur perhimpunan Blackout 505, gagal menyertakan salinan persetujuan pemilik Padang Merbok, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 12 Jun 2013 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
 
Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan itu kepada pegawai yang menjaga daerah polis Dang Wangi, iaitu Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara jam 2 dan 6 petang pada 22 Jun 2013. 
 
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) Akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000.
 
 

Tiada ulasan: