Selasa, 1 November 2016

Muhyiddin akan beri keterangan di Bukit Aman minggu depan

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan dirinya akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat minggu lalu.
 
"Dia (polis) ada panggil. Tapi jadualnya belum ditetapkan lagi (bila boleh beri keterangan). Dia ada bagi tarikh tapi lepas dirunding dia kata tunggu mungkin minggu depan, saya tidak tahu.
 
"Ada dia minta saya datang Bukit Aman," katanya di lobi Parlimen hari ini.
 
Muhyiddin antara tiga bekas menteri yang dipanggil Bukit Aman berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan.
 
Ahli Parlimen Pagoh itu akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Selain Muhyiddin, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dipanggil untuk disiasat berhubung isu yang sama.
 
"Nanti bila saya dipanggil saya akan jelaskan. Tidak di Parlimen," katanya.
 
 

Tiada ulasan: