Isnin, 21 November 2016

Kontrak Felda bernilai RM148m dimeterai tanpa kebenaran

MALAYSIAKINI




Jabatan Audit Negara hari ini mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.

Ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan 'light detection and ranging' (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah tanpa kebenaran.

Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini - 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014.

"Pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan," kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

"Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.

"Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta," menurut pendedahan tersebut.

Kerja-kerja tersebut telah dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani, tambahnya.

"Penggunaan teknologi LiDAR untuk tujuan penanaman semula tidak dapat dimulakan kerana serahan untuk tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 dalam bidang berkaitan tidak diterima sepenuhnya.

LiDAR bukanlah satu-satunya isu yang diketengahkan oleh laporan audit sebagai terdapat kesalahan. Ia mengenal pasti beberapa perolehan dan kontrak lain selepas mengaudit 15 anak-anak syarikat Felda.

Laporan audit menunjukkan bayaran penuh sebanyak RM40 juta telah dibuat walaupun kontrak bagi pelan tindakan projek jalur lebar Felda tidak tersedia.

Rangka tindakan projek jalur lebar sepatutnya dibuat oleh Felda Prodata Sdn Bhd.

"Pelaksanaan projek jalur lebar yang menelan belanja RM566 juta hanya siap sehingga penyediaan pelan tindakan," katanya sambil menambah bahawa projek percubaan dan penuh telah digantung sejak 29 Jan 2015.

Selain itu, MCM Value Sdn Bhd menerima RM209,000 untuk pengurusan nilai projek jalur lebar tanpa apa-apa kontrak.

Tiada ulasan: