Sabtu, 26 November 2016

Impian Adibah Noor Jadi Kenyataan

MALAYSIAN DIGEST


..

Penyanyi dan pengacara terkenal Adibah Noor menyifatkan peluang bergandingan dengan pengacara dan pelawak terkenal Harith Iskander untuk mengacarakan Anugerah Industri Muzik AIM Ke-22 (AIM22) bagaikan impian jadi kenyataan.

Menurut Adibah, meskipun beliau dan Harith bersahabat baik namun mereka jarang sekali digandingkan bersama di dalam kaca televisyen.

"Dari segi persefahaman kami tidak ada masalah sebab kita sudah kenal antara satu sama lain dan selalu kerja bersama.

"Cuma kami jarang sekali digandingkan bersama di kaca TV terutamanya untuk acara berprestij sebegini. Kalau ada pun dalam acara misalnya di pentas lawak, memang pernah beberapa kali kami mengacara bersama.

"Saya mengidolai Harith dan peluang ini umpama mimpi jadi kenyataan. Kalau Afdlin, dia litlle brother saya dan kalau Harith, dia big brother saya," katanya yang sebelum ini pernah muncul bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman.

Dalam pada itu Adibah berkata, dia dan Harith akan menggunakan pengalaman mereka sepanjang menjalankan tugas sekaligus mencipta kemeriah perjalanan acara malam tersebut.

"Kami akan gunakan pendekatan iaitu secara spontan, apa yang terlintas di fikiran kami, itu yang akan kami cakap.

"Tapi kami akan pastikan suasananya tidaklah terlalu serius sebaliknya santai dan tidak membuat penonton berasa bosan," katanya.

Selain Adibah dan Harith sebagai pengacara utama, penyampai radio dan penyanyi Aril Pilus dan pengacara Shamim Farid pula bakal bertindak sebagai pengacara Karpet Merah.

Disamping turut ditampilkan persembahan daripada barisan artis terkenal iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hazama, Khalifah, SonaOne, Yuna, Sufian Suhaimi, Projector Band, Ameng dan Akim & The Majistret.

Manakala penyampai anugerah pula terdiri daripada barisan selebriti seperti Aaron Aziz, Hafiz Suip, Amyra Rosli, Datuk M. Nasir, Estranged dan Forteen.

AIM22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada pukul 9 malam.Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.


Tiada ulasan: