Sabtu, 26 November 2016

Ganggu penjawat awam bertugas: Pasangan suami isteri dipenjara 14 hari

15134561_353139331707405_1653704910531132286_n 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap pasangan suami isteri yang menganggu seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas di sebuah tempat letak kereta Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.

Lor Ka Hoo, 35 dan Tat Sit Fun, 30 mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda M3,000 seorang dan sekiranya gagal, tertuduh diarahkan dipenjara 7 hari.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Dalam insiden tersebut, pasangan itu naik berang dengan tindakan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletakkan kereta, seorang lelaki dan wanita bertindak luar kawalan semalam.

Video mempamerkan insiden tersebut telah mula viral sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya turut mengesahkan penahanan itu.

Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.

Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.


Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: