Ahad, 6 November 2016

Empat baju merah buang sampah di M'kini dibebaskan

Bernama 




Empat individu yang ditahan susulan perhimpunan gerakan Baju Merah dekat bangunan pejabat portal berita Malaysiakini semalam, dibebaskan hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dua lelaki dan dua wanita itu ditahan kerana didakwa meletakkan sampah di luar bangunan berkenaan di Petaling Jaya.

"Mereka ditahan di luar bangunan itu semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Semasa pemeriksaan dijalankan, tiada sebarang senjata ditemui.

"Bagaimanapun, kesemuanya dibebaskan hari ini dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Perhimpunan peserta Baju Merah itu dilaporkan antara lain mendesak portal berita propembangkang itu ditutup. -Bernama


Tiada ulasan: