Ahad, 4 November 2012

Umum Calon Lebih Awal Di Kawasan Kalah Beri Impak Positif Kepada BN - Ahmad Maslan

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Tindakan mengumumkan calon lebih awal bagi 82 kawasan Parlimen yang kalah pada pilihan raya umum 2008 mampu memberi impak positif kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Ahmad Maslan.

Ketua Publisiti dan Penerangan BN itu berkata pengumuman calon lebih awal dapat memperkenalkan sebaiknya calon kepada penduduk di Parlimen itu seterusnya memberi lebih masa kepada penduduk mengenali calon BN di kawasan itu.

"Bagaimanapun cadangan menamakan calon lebih awal belum dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi BN atau Umno setakat ini.

"Namun ada eloknya ada pertimbangan ke atas cadangan umum calon lebih awal di kawasan kita kalah. Kawasan kalah kurang kontrovesi umum calon lebih awal," kata Ketua Penerangan Umno itu

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan francais Shahnaz Husain Sinature Salon di Malaysia di sini, Sabtu. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K Gokhale dan pengasas syarikat itu Shahnaz Husain.

Shahnaz Husain Sinature Salon merupakan francais menjual produk kecantikan serta kesihatan berasaskan ayurveda dan menggunakan bahan berasaskan herba.

Francais yang dari India itu kini mempunyai lebih 800 outlet di seluruh dunia.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimenyang dipertandingkan. BERNAMA

Tiada ulasan: