Jumaat, 14 September 2012

SAMM Dakwa Umno-BN Turut Terima Dana Asing




SHAH ALAM  : Pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membongkar isu pembelian kapal selam Scorpene yang mengancam pemimpin negara menyebabkan organisasi bukan kerajaan itu diserang pelbagai pihak.

Dakwaan bahawa Open Society Institute yang diasaskan oleh George Soros menyalurkan dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) Suaram sepanjang tempoh 2007 hingga 2010 seakan melengkapkan serangan untuk melumpuhkan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) itu.

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata ancaman itu dilihat sebagai cubaan menutup pendedahan skandal Scopene yang didalangi Umno-BN.

Malah, Umno-BN seharusnya sedar bahawa mereka juga menerima dana asing yang melibatkan banyak program kementerian.

Beliau berkata mengikut rekod, beberapa organisasi yayasan besar luar negara turut merekodkan bahawa parti kompenan Umno-BN terlibat dalam penyaluran dana itu.

“Jadi memperolehi dana dari luar merupakan satu tuduhan yang amat dangkal.

“Bantuan dana ini juga datang daripada badan korperat, yayasan besar dunia dan pelbagai pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jadi sudah tentu, Suaram yang tidak mendapat dana daripada Umno-BN menerima dana dari luar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, di Malaysia terdapat NGO yang mempunyai hubungan dengan negara Israel dan mempunyai laman internetnya sendiri.

Bagaimanapun, Umno-BN bertindak mendiamkan diri kerana mempunyai kepentingan dalam hal terbabit.

Jelas beliau yang lebih dikenali sebagai Che Gu Bard berkata George Soros sudah diterima baik dalam negara termasuk pihak kerajaan dan pembangkang termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menemui beliau (Soros) sebagai sahabat.

Selain itu, Che Gu Bard berkata pendaftaran Suaram tidak di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bukan satu isu yang baru.

“Ini kerana banyak lagi organisasi bukan kerajaan memilih bergerak di bawah SSM bukan pendaftar pertubuhan.

“Ia berlaku kerana terlalu banyak sangat birokrasi dan campur tangan tekanan politik boleh berlaku jika bergerak dibawah pendaftaran pendaftar pertubuhan,” katanya.

Justeru, SAMM akan bersama Suaram untuk menjelajah seluruh negara untuk memperjelaskan isu scandal Scopene

Tiada ulasan: