Jumaat, 14 September 2012

Pegawai Azmin Dihalang Masuk Sabah




KOTA KINABALU 14 SEPT: Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63.

Notis penolakan masuk yang dikeluarkan itu mengandungi perintah yang menyatakan pihak berkuasa negeri  mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada beliau memasuki negeri tersebut.

Azmin yang juga turut berada di lapangan terbang menjelaskan ini merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi tiada alasan diberikan terhadap penahanan dan halangan tersebut.

“Satu tindakan yang diwajar dilakukan, kenapa perlu beri halangan sedemikian sedangan beliau merupakan warganegara Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat perlu membuat perubahan pemerintah terutamanya di Sabah pada pilihan raya kali ini bagi memastikan tindakan sedemikian tidak berulang lagi.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman melakukan apa saja mengikut kehendak beliau, warganegara sendiri ditahan tetapi rakyat asing mendapat keintimewaan,” jelasnya.

Notis penahanan tersebut ditandatangi oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fenny Fiona J Jeplin.

13 ulasan:

Unknown berkata...

Mungkin ada sebab kenapa perkara ini berlaku. Kita tunggu saja penjelasan berhubung larangan tersebut.

Unknown berkata...

Mungkin mereka ini datang untuk menyampai perkara yang tidak patut kepada Sabah menyebabkan mereka ini dihalang.

Tanpa Nama berkata...

Lagi ada yang ditahan daripada memasuki Sabah? Apa penjelasan kerajaan negeri?

Unknown berkata...

waktu pilihanraya Sarawak dulu pun ada juga kes individu yang ditahan di lapangan terbang.

Unknown berkata...

biasanya mereka yang ditahan atas sebab2 keselamatan. harap ada penjelasan dari pihak yang atasan lepas ni.

mantera berkata...

pasti ada sebab dia dihalang masuk ke sabah.

mantera berkata...

jika kemasukannya akan bawa masalah, baik dihalang.

Sotong Kurita berkata...

Tidak ada istilah zalim atau menafikan hak asasi warganegara Malaysia bagi tindakan menghalang mana-mana pihak dari memasuki Sabah jika tujuan pihak yang disekat itu berpotensi untuk memudaratkan pentadbiran negeri Sabah.

Sotong Kurita berkata...

Sudah tentu Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman mempunyai alasan beliau sendiri kenapa tindakan itu perlu diambil. Dan sebagai Ketua Menteri Sabah, sudah tentu beliau akan menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk melakukan tindakan-tindakan pencegahan. Jika ada apa-apa berlaku di negeri ini, siapa yang lebih dulu akan dipersalahkan jika bukan Ketua Menteri?

Sotong Kurita berkata...

Berdasarkan maklumat dari blogger Milosuam, kononnya Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program-program antarabangsa di Eropah dan negara-negara Asia.

Maklumat yang didedahkan oleh blogger Milosuam ini juga sebenarnya adalah jawapan kepada "kenapa Hilman disekat dari memasuki Sabah?".

Sotong Kurita berkata...

Sejak kebelakangan ini, Sabah sering menjadi sasaran media dan NGO asing yang bukan sahaja cuba mengganggu pentadbiran kerajaan negeri, malah cuba mensabotaj atau memudaratkan ekonomi negeri Sabah. Jesteru, berdasarkan perkembangan semasa ini, bukankah tindakan Datuk Musa Aman ini SANGAT tepat?

Sotong Kurita berkata...

Tidak cukup dengan membawa budaya demonstrasi jalanan di negeri ini, baru-baru ini timbul pula provokasi kaum oleh blogger pro Pakatan Rakyat. Kini individu yang mempunyai jaringan atau pengaruh kuat di luar negara pula dibawa masuk ke Sabah. Bukankan semua jalan cerita ini membentuk satu sinopsis yang menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat sedang menyusun strategi bagi menghancurkan pentadbiran negeri Sabah bagi memudahkan mereka merampas kerajaan?

Sotong Kurita berkata...

Berkenaan dengan warga asing di Sabah, kuasa itu tertakluk kepada kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mempunyai kuasa, sudah lama isu PATI ini ditangani oleh kerajaan negeri, malah tidak perlu Datuk Musa Aman menuntut penubuhan RCI dari kerajaan pusat.

Borneo Bullet