Ahad, 23 September 2012

Isa yakin menang di Perlis, tolak khabar angin ‘propaganda’




Isa berkata persepsi bahawa majoriti pengundi akan memilih pembangkang hanya suatu propaganda oleh pembangkang.

"Selepas PRU 2008, BN telah melaksanakan pelbagai program untuk memastikan rakyat akan terus menyokong BN, " katanya (gambar) kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bersepadu Jualan 1Malaysia dan Pengurangan Harga diperingkat negeri Perlis di Dataran C-Mart, Arau di sini hari ini.

Md Isa yang juga pengerusi BN Perlis berkata pelbagai masyarakat di Perlis yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Siam menunjukkan sokongan mereka kepada parti pemerintah dan pasti tidak akan mengambil sebarang risiko.

Beliau juga yakin kawasan Sanglang dan Simpang Empat, kedua-dua kerusi yang dimenangi oleh pembangkang (PAS) semasa PRU lepas akan dirampas semula, bersama-sama 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kini dipegang BN.

Dalam laporan The Malaysian Insider ini, bekas MB Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan terdapat pergelutan berlaku dalam Umno di Perlis dan berpecah kepada empat kumpulan.

"Terdapat empat kumpulan menurut Shahidan, satu diketuai oleh beliau, satu lagi oleh MB Datuk Seri Mohamad Isa Sabu, satu lagi oleh ADUN Pauh (abang kepada Raja Perlis 'Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail) dan lagi satu ialah bekas menteri Datuk Azmi Khalid," kata pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin dalam Harakah.

ADUN tiga penggal tersebut menerangkan perubahan "luar biasa" sokongan masyarakat Cina di Perlis ketika ini terhadap BN.

Dia menyatakan keyakinan bahawa sekurang-kurangnya 70 atau 80 peratus daripada undi masyarakat Cina akan beralih kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU ke-13 nanti.

Dalam PRU 2008, Hashim menyatakan bahawa beliau hanya mendapat 30 daripada 800 undi masyarakat Cina untuk memenangi kerusi DUN Sanglang yang disandang beliau ketika ini.

Tetapi keadaan sudah bertukar kata pemimpin PAS tersebut dan mendakwa BN banya mampu mendapat 30 undi dan PR akan menyapu bersih undi yang lain.

Hasim juga memberitahu PR di Perlis sudah bersedia menghadapi PRU yang dikatakan bakal diadakan pada November serta mendakwa mereka sudah mempunyai "kabinet bayangan" sekiranya PR mengambialih Perlis.

Tiada ulasan: