Jumaat, 28 September 2012

Himpunan Hijau Lestari Pengerang dapat lampu hijau

 
Penganjur setuju dengan 14 syarat pihak polis



PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor mendapat lampu hijau untuk meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang petrokimia bernilai RM60 bilion.

Menurut pengerusi jawatankuasa kerja Himpunan Hijau : Lestari Pengerang, Anis Afida Mohd Azli yang menerima surat bersama penyelaras Gabungan NGO Pengerang Chong Chun Yet dan bendahari Chua Peng Sian yang meggariskan syarat-syarat untuk himpunan tersebut dari pihak polis.

“Dalam surat rasmi tersebut, pihak polis menetapkan 14 syarat yang perlu diikuti oleh penganjur, di mana kandungannya mengikut Akta Perhimpunan Aman, 2012. Selepas meneliti isi kandungan surat tersebut, pihak penganjur setuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan,” kata Anis menerusi satu kenyataan media.


Dalam perkembangan berkaitan Anis turut menyatakan kekesalan ekoran kenyataan seorang penolong kanan hal ehwal murid sekolah di dalam media yang memberi amaran bahawa para pelajar akan dibuang sekolah sekiranya menyertai Himpunan Hijau.

Menurut Anis, Seksyen 3 Akta Perhimpunan Aman 2011 seksyen 3 mentafsir kanak-kanak sebagai seseorang di bawah umur lima belas tahun; Fasal 2 akta sama menyatakan seseorang kanak – kanak membuat kesalahan jika menyertai perhimpunan

“Pelajar sekolah tersebut menghadapi ancaman kemusnahan kampung tetapi guru tersebut telah mengeluarkan larangan penyertaan himpunan.

“Kegagalan pihak sekolah untuk menerangkan syarat-syarat di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 menunjukkan betapa tidak munasabahnya pihak sekolah.

“Kita mendesak pihak sekolah memberi penjelasan sewajarnya,” kata Anis.

Tiada ulasan: