Oleh A Kadir Jasin |
MASA berlalu, zaman berubah. Apa yang dulu kebiasaan dan keperluan, hari ini menjadi gaya dan fesyen.
Kita mendogolkan kepala kerana tidak banyak orang yang tahu menggunting rambut. Tetapi, ada sebab yang lebih besar iaitu dengan mendogolkan kepala kita mengelakkan masalah kutu kepala (head lice) dan kalau dijangkiti kudis buta (scabies) mudah diubati.
Kita tidak membotakkan kepala kerana
botak bukan perbuatan manusia tetapi kejadian semula jadi yang
bersangkut paut dengan keturunan atau peningkatan usia.
Hari
ini, banyak orang mendogolkan kepala kerana fesyen atau bagi
menunjukkan kepada khalayak yang merela baru pulang dari mengerjakan
haji atau umrah. Saya tidak dogolkan kepala apabila selesai mengerjakan
haji.
Saya sudah puas dogolkan kepala.
Apabila masuk sekolah Melayu pada tahun 1954 barulah saya mula
menyimpan rambut. Itu pun sekali sekala saya masih mendogolkan kepala
kerana deman atau kesuntukan wang. Saya bersongkok ke sekolah sehingga
tingkatan tiga.
Antara saat paling
menakutkan ialah apabila ayah menghantar saya menggunting rambut di
kedai tukang gunting India yang beragama Hindu. Itulah kali pertama
saya melihat gambar dewa dan dewi Hindu.
Dewi Hindu Kali
Yang
paling menakutkan saya ialah gambar dewi Hindu yang bertangan banyak.
Salah satu daripada tangannya memegang pedang dan satu lagi memegang
kepala yang baru dipancung. Satu lagi dewa berkepala gajah. Hanya
kemudian saya pelajari yang dewi berpedang dan memegang kepala manusia
itu ialah Kali dan dewa yang berkepala gajah itu Ganesh.
Apabila
remaja, banyak juga kawan-kawan yang waktu cuti panjang sengaja
mendogolkan kepada kerana meniru stail bintang filem Holywood, Yul
Bryner dan selepas itu meniru watak Kojak dalam drama jenayah TV dengan
tajuk yang sama. Watak mata-mata gelap Kojak dilakonkan oleh Telly Savalas.
Ketika
remaja, kita ada lebih banyak fesyen rambut untuk dipilih. Kita boleh
ikut stail bintang filem terkenal seperti Elvis Presly, James Dean atau
Dean Martin. Gambar bintang filem Holywood menjadi bahan hiasan utama
kedai gunting sebab pelanggan mahu nampak macam bintang filem.
Sampai
hari ini pun saya masih gunting rambut di kedai orang India. Tukang
gunting asal saya sudah bersara kerana sakit dan dia mengimport pembantu
dari India. Orang muda tempatan tidak berminat lagi menjadi tukang
gunting. Mereka hanya mahu bekerja di salun. Tukang gunting Melayu sudah
hampir-hampir tidak ada, kecuali di pekan-pekan kecil. Itu pun tidak
banyak lagi.
Zaman
paling susah bagi tukang gunting cari makan ialah pada tahun 1970an
dan 1980an apabila orang muda banyak yang simpan rambut panjang ala
hippie. Saya pun turut tumpang sekaki. Tapi tidaklah panjang sangat –
sampai ke tengkuk dan tutup telinga.
Orang
perempuan pula gila kerinting atau karan rambut sampai salah seorang
tok guru kampung saya keluarkan fatwa kata haram. Wallahualam. http://kadirjasin.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan