Ahad, 16 September 2012

18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat

Muhammad Faizal,
 
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.

"Yang mana di Kampung Berunai, jambatan telah disiapkan namun jalan tidak ada dan rakyat terpaksa menggunakan jambatan yang lama.

"Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama," ujarnya lagi.

19 ulasan:

Unknown berkata...

Pelbagai perubahan yang dapat dikita lihat dengan Sabah bukan. Itu fakta yang dapat kita lihat sendiri.

Unknown berkata...

Tapi rasanya pembangkang saja yang tidak senang hati dengan kejayaan yang telah diperolehi oleh kerajaan.

Unknown berkata...

Kalau banding beberapa tahun yang lalu memang banyak perubahan yang kita boleh lihat di Sabah ni. cuma isu2 utama di Sabah seperti PATI dan masalah kemiskinan masih lagi membelenggu Sabah.

Unknown berkata...

Semoga kerajaan akan terus berjuang untuk rakyat Sabah.

mantera berkata...

dalam tmpoh 18 tahun, byk jg perubahan brlaku.

Unknown berkata...

Kami tahu Lajim sebenarnya kecewa bahawa beliau masih belum dapat jawatan KM sampai sekarang.

Unknown berkata...

Sama ada Lajim tidak sedar atau pura2 tidak nampak perubahan positif yang sedang berlaku di Sabah?

Mumbai berkata...

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional."

sebab Anwar offer dia jawatan TPM atau KM Sabah sekiranya Pakatan diberikan mandat..

Mumbai berkata...

sedangkan ketika masih dalam BN pun, Lajim sudah berniat mahu menduduki kerusi KM Sabah.. sebab itu dia menyerang kepimpinan Datuk Musa Aman ketika pemimpin2 BN yang lain menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa..

Mumbai berkata...

"18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat "

sepanjang lajim menjawat jawatan Timbalan menteri perumahan & kerajaan tempatan, apa yang rakyat Sabah dapat? isu rumah PPR banyak masalah.. projek perumahan banyak terbengkalai.. siapa yang bawa masalah kalau bukan Lajim??

Mumbai berkata...

mana peruntukkan untuk projek perumahan sehinggan banyak kes rumah terbengkalai?? Lajim sudah telan?

Mumbai berkata...

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan,"

Lajim yang mempunyai banyak kroni sehingga beliau gagal melaksanakan projek2 perumahan kerajaan..

Mumbai berkata...

"Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan."

akhirnya beliau mengaku juga bahawa selama ini beliau hanya mengumpul kekayaan.. patut la dia sanggup letak jawatan..

Mumbai berkata...

"Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti."

siapa beliau(Lajim) untuk menjadi contoh kepada rakyat Sabah?? jangan ego sangat la Lajim.. siapa la yang sanggup ikut katak melompat?? yang dapat jawatan TPM atau KM nanti kau sorang ja, bukannya rakyat sabah..

Mumbai berkata...

dalam tempoh 18 tahun ini, kenapa Lajim pilih tarikh yang dekat2 pilihanraya untuk bertindak?? bukankah ini menunjukkan beliau mempunyai agenda lain yang bukan atas dasar perjuangan terhadap rakyat sabah??

Mumbai berkata...

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung,"

macam mana tidak ketinggalan jika projek perumahan Lajim sentiasa terbengkalai??

Mumbai berkata...

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan,"

boleh Lajim bagi komen berkenaan dengan sakndal pasir selangor, penyelewengan tender rm600 juta di kedah dan penghinaan terhadap budaya kaum di sabah oleh blogger pakatan??

Mumbai berkata...

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa."

memang tidak mudah.. dulu Lajim nafikan bahawa beliau akan keluar meninggalkan BN, kemudian bila calon sudah diputuskan, baru dia keluar..

Mumbai berkata...

"Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama,"

rumah ajaib di seluruh negeri sabah macam mana?? Lajim pecah tanah di Batu Sapi, tapi sampai sekarang tidak ada rumah.. ajaibnya!!