PULAU PINANG, -- Teka-teki mengenai jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akhirnya terjawab.
Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dinamakan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai gagasan itu di negeri ini.
Persoalan mengenai siapa yang akan mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri timbul susulan pengumuman Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada November tahun lepas bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagi sesetengah pihak, jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, bukanlah sesuatu yang perlu dicemburui sebab jawatan itu datang bersama tanggungjawab berat untuk memenangi semula negeri ini daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang yang dipimpin DAP.
Sumber dalaman parti berkata persetujuan dicapai dalam Gerakan mengenai siapa yang patut dicalonkan sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu tetapi pengumumannya ditangguhkan ekoran pertelingkahan dalaman Gerakan negeri berhubung perkara itu.
Namun begitu, tiada nama yang diumumkan sehinggalah hari ini.
Teng muncul sebagai calon yang disebut-sebut bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sejurus sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum 2008, tetapi prestasi buruk Gerakan dalam pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, sekali gus melenyapkan cadangan itu.
Bagaimanapun, memandangkan beliau kini kembali menjadi tumpuan selepas dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, beliau dianggap sebagai bakal Ketua Menteri seandainya BN berjaya memenangi semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Teng, 47, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, datang daripada keluarga pemimpin politik yang menjawat jawatan di kedua-dua aliran politik.
Abang beliau, Datuk Teng Chang Khim, ialah seorang pemimpin DAP Selangor dan Speaker Dewan Undangan Negeri dalam kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bapa beliau, yang tidak mahu menonjolkan diri, ialah pemimpin akar umbi MCA yang disegani di Batu Pahat, kampung halaman Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon, ialah Anggota Parlimen Tebrau dan orang kuat MCA yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Lebih menarik, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang juga berasal dari Batu Pahat.
Dari satu sudut, pemimpin dan anggota parti tetap mengingati Chang Yeow sebagai ahli politik yang mengalahkan Pengerusi DAP Karpal Singh bagi kerusi DUN Padang Kota dalam pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.
Seorang penganalisis politik yang berpusat di Pulau Pinang, Datuk Dr Cheah See Kian berkata Najib membuat langkah bijak dengan melantik Teng sebagai Pengerusi BN negeri memandangkan beliau terkenal sebagai seorang 'pejuang agresif' yang amat sesuai untuk berdepan Guan Eng.
"Tambahan pula Teng boleh berhujah dan ini akan membuatkan rakyat berfikir. Selain itu, Teng berasal daripada generasi muda pemimpin. Nampaknya BN telah menempatkan sepasukan pemimpin muda di Pulau Pinang," katanya.
Teng mungkin bukanlah orang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau dalam isu tertentu sememangnya mendapat perhatian beberapa pemimpin, baik di dalam mahupun di luar parti.
Cheah selanjutnya menjelaskan bahawa dengan melantik Teng sebagai pemimpin BN Pulau Pinang yang baharu, langkah itu dapat memberi dorongan kepada seluruh jentera negeri memandangkan beliau terkenal sebagai antara segelintir pemimpin parti yang pernah berdepan pemimpin pembangkang dalam perdebatan politik.
"Dengan meletakkan Teng Chang Yeow di teraju kepimpinan, sekurang-kurangnya ini akan mencerahkan harapan BN. Langkah ini akan dapat meletakkan kerajaan negeri sekarang dalam keadaan terdesak," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan