(Sumber : Hansard Parlimen 1997)
Bagi kami jika kita mampu mendemokrasikan pendidikan Malaysia
diperingkat rendah dan menengah, mengapa tidak peringkat pengajian
tinggi? Pengajian tinggi sepatutnya didemokrasikan dan merupakan hak
semua rakyat Malaysia dan bukannya atas nama “keistimewaaan” dan
diswastakan supaya terus relevan dan seiring dengan jaminan yang
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 12).
“Pendidikan juga tidak sepatutnya menjadi “medium’” dagangan yang boleh dijual beli”
Walaubagaimanapun, landskap pendidikan
Malaysia telah mula berubah bermula pada tahun 1996 lagi ketika negara
dalam suasana menginjak ke era globalisasi di mana kerajaan Malaysia
mula memperkenalkan polisi terbarunya iaitu penyediaan pendidikan
berdasarkan permintaan pasaran semasa.
Dalam pada masa yang sama, kerajaan telah menambah satu lagi akta yang dinamakan Akta IPTS 1996. Dengan pengenalan Akta IPTS 1996 ini, membolehkan syarikat-syarikat korporat mendapat “lesen besar” untuk bersama-sama membekalkan dan menyediakan pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia.
Setahun kemudiannya, iaitu pada tahun
1997 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula
diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Pada masa itu, sebuah demi sebuah
Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah mula dibuka termasuklah :
Antara Senarai IPTS di Malaysia
- Telekom Malaysia (TM) buka Universiti Multimedia (MMU)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB buka Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Petronas buka Universiti teknologi petronas (UTP)
- MCA juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- UMNO membuka Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)
- MIC memperkenalkan Universiti AIMST
- Gerakan pula membuka Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
- Dan lain-lain lagi selepas itu.
Kalau sebelum ini, kerajaan dilihat
menyediakan sepenuhnya pendidikan kepada rakyat Malaysia tetapi dengan
wujudnya akta baru tersebut (Akta IPTS 1996), ia mula dialihkan sedikit
demi sedikit peranan dan tanggungjawabnya kepada syarikat-syarikat
korporat.
Akta Pendidikan dan Akta Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 juga dilihat bermulalah era lambakan bilangan IPTS dan kolej-kolej swasta yang
tumbuh “bak cendawan selepas hujan” dan anda boleh lihat dan perhatikan
kesan pada hari ini. Hari ini, sedikit demi sedikit kebergantungan
kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang pendidikan kepada rakyat
Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
berjaya dikurangkan.
Sumber : Hansard Parlimen 1997
Mengapa & Kenapa IPTS Terus Mendapat Tempat Dikalangan Rakyat Malaysia?
Akibatnya, apabila IPTS diberikan ruang
yang cukup luas, akan berlakunya elemen komersial dalam pendidikan
tinggi negara sehingga menyebabkan mereka meraih keuntungan besar disebaliknya keperitan anak-anak muda dalam menimba ilmu.
Walaupun yuran dan kos pengajian yang ditawarkan adalah berkali ganda
lebih tinggi berbanding IPTA, tetapi permintaan terhadap IPTS terus
mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Ini kerana :
- IPTS sekarang ini bukan lagi dijadikan pilihan disebabkan minat dan kemahuan tetapi lebih kepada elemen “terpaksa”. Mengapa kami katakan begini? Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini kurangnya tempat di IPTA sekarang ini tetapi dalam pada masa yang sama pengumuman pelajar SPM setiap tahun semakin bertambah angka dan bilangannya. Itu yang pertama.
- Keduanya, walaupun kos pengajian yang ditawar adalah lebih tinggi, IPTS terus berjaya mengatasi masalah kewangan yang membelengu bakal pelajar mereka (pelanggan mereka). Apa langkah penyelesaiannya? Terima kasih kepada bantuan pinjaman PTPTN + caj pentadbiran. “Anda mahu belajar di tempat pengajian kami? Berhutanglah dengan PTPTN. Insyaallah masalah kewangan anda akan selesai”.
PTPTN telah berjalan sejak tahun 1997.
Persoalannya sekarang, berapa angka hutang PTPTN yang ditanggung
kerajaan sebenarnya selama ini? Kerajaan mengatakan baru-baru ini jika
PTPTN dimansuhkan, kerajaan Malaysia akan berdepan tanggungan hutang sebanyak RM43 bilion dan berkemungkinan juga boleh muflis.
Begitulah lebih kurang butir-butir ayat yang keluar. Apabila isu PTPTN
mula “meletup” sekarang ini, ada baiknya kita semak angka yang
sebenarnya berlandaskan fakta dan data yang tepat bukannya berdasarkan
persepsi atau cakap-cakap kosong di kedai kopi.
Daripada 856,172 peminjam yang telah
menggunakan “perkhidmatan PTPTN” selama ini sejak daripada tahun 1998
lagi, kerajaan telah berjaya memungut hutang PTPTN semula sebanyak
RM2.22 bilion.
Apabila namanya berhutang, biasanya
jarang orang berhutang hari ini dengan institusi kewangan seperti bank
contohnya, hari ini pinjam RM50 ribu tahun depan terus bayar habis.
Tidak sama sekali, jarang sekali ada kes sebegitu. Kerajaan baru-baru
ini pun memaklumkan di Dewan Rakyat yang mana mereka baru sahaja habis membayar semula pinjaman daripada Bank Dunia selepas meminjam lebih 10 tahun lamanya dengan institusi kewangan tersebut.
Jadi, biasanya untuk membayar semula
sesuatu pinjaman ada tempoh dan jangkamasanya yang disesuaikan dengan
kemampuan untuk membayar semula.
Di bawah ini pula angka yang menunjukkan
berapa ramai daripada anda-anda semua atau anak-anak anda yang memohon
PTPTN, pinjaman PTPTN tersebut telah diluluskan. Jumlah angkanya setiap
tahun, boleh anda semak berdasarkan gambarajah di bawah ini. Apa
maknanya lulus di sini? Lulus di sini maksudnya, permohonan anda untuk
meminjam PTPTN sudah lulus untuk tandangan perjanjian dan ini tidak
bermakna ia merupakan jumlah yang bakal/telah diagihkan kepada para
peminjam PTPTN.
Ini kerana tidak semua peminjam yang
lulus permohonannya bersetuju untuk terus menerima duit tersebut.
Mungkin mereka sudah berubah fikiran ataupun sudah mendapat sumber
kewangan yang lain. Jadi jikalau begitu, berapa jumlah sebenarnya jumlah
pinjaman yang telah diagihkan kepada peminjam selama ini?
Berdasarkan semakan pada Laporan PTPTN tahun 2011,
PTPTN hanya membayar atau mengagihkan duit pinjaman PTPTN kepada
peminjamnya sejak tahun PTPTN diperkenalkan sehinggalah sekarang, jumlah
pembayarannya adalah berjumlah RM24.9 bilion. Ini bermakna, PTPTN hanya
akan meminjam sejumlah dana daripada institusi kewangan yang dipilihnya
berdasarkan jumlah yang perlu diagihkan kepada peminjam. Ulang suara,
diagihkan. Berapa jumlah yang diperlukan, itulah sebenarnya angka yang
bakal dipinjamnya daripada institusi kewangan.
Kenapa kami katakan, kerajaan dilihat
sudah mengalihkan tanggungjawab sebenarnya untuk menyalurkan dan
menyediakan sistem pendidikan untuk semua rakyat Malaysia kepada badan
korporat yang menubuhkan IPTS? Di atas ini adalah angkanya. Mengapa kami
tunjukkan pendapatan yang diterima kerajaan Malaysia daripada hasil kekayaan petroleum & gas negara selama ini? Ini adalah salah satu sebabnya. Sayangnya….
- pendapatan kerajaan Malaysia yang diperoleh daripada kekayaan petroleum & gas meningkat dan berada pada paras yang tinggi setiap tahun tetapi malangnya
- peruntukkan untuk pendidikan negara terutamanya melibatkan IPTA di seluruh Malaysia telah mula mengecil.
Dan semakan kami berdasarkan Rancangan Malaysia ke 10,
kerajaan tidak bercadang untuk menambah peluang pendidikan di IPTA
kepada rakyat Malaysia dengan membuka universiti tempatan yang baru. Apa
yang dilakukan sekarang adalah menggalakkan kewujudan kolej swasta.
Erm…..
Jadi berapakah hutang sebenar PTPTN yang
ditanggung kerajaan Malaysia? Sepatutnya kiraannya mestilah berdasarkan
jumlah agihan pinjaman yang terkini kepada peminjam contohnya ditolak
dengan jumlah yang telah dibayar oleh peminjam dan berjaya dikutip oleh
PTPTN setakat ini. Kami pulangkan semula kepada anda menjawabnya berapa
angka dan jumlah sebenarnya hutang PTPTN…….
Semalam, kami ada meletakkan supaya apalah kiranya supaya caj pentadbiran dimansuhkan. Hari ini, kami juga berharap kerajaan mula mempertimbangkan untuk menambah bilangan universiti di Malaysia
supaya rakyat malaysia kebanyakannya tidak terus bergantung kepada IPTS
dan kolej swasta yang lain semata-mata bagi mendapatkan & menikmati
pendidikan di peringkat tinggi. Pelaburan terhadap pendidikan negara
jika diuruskan dengan baik dan amanah merupakan “pelaburan terbaik
kepada negara yang boleh dituai hasilnya pada masa akan datang”
P/S : PTPTN memang ada jasanya dalam
pendidikan negara. Tetapi, bukankah lebih baik jika sistemnya dirombak
semula ke arah yang “mesra pengguna” bukannya “membebankan peminjam”
yang rata-rata rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu?
Sekadar pandagan daripada kami. Apa pendapat anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan