Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin
Abdullah, buat masa ini, cadangan untuk menghapuskan kadar caj tersebut
sedang di peringkat perbincangan.
Menurutnya, walaupun kadar caj tersebut sudah minimum, namun ia masih diteliti untuk dikurangkan lagi.
“Pada peringkat awal, para peminjam dikenakan kadar caj sebanyak empat
peratus, namun ia telah diteliti dan kementerian menetapkan kadar satu
peratus iaitu dengan konsep ujrah.
“Tetapi selepas beberapa tahun, peminjam baru secara automatik akan membayar semula pada kadar hanya satu peratus.
“Pengurangan ini dianggap sudah memadai namun kementerian sentiasa
bersikap terbuka dalam menerima pelbagai cadangan,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Dengan apa yang berlaku pada hari ini, di mana mahasiswa membuat
demonstrasi membantah caj tersebut, Saifuddin berkata, perkara itu sudah
di peringkat perbincangan.
“Suara mereka sudah didengar dan buat masa ini kementerian sedang meneliti kadar satu peratus tersebut.
“Setiap pecahan dalam satu peratus tersebut merangkumi pelbagai aspek yang mana tidak boleh dinyatakan lagi buat masa ini.
“Namun, kementerian akan cuba mempercepatkan proses ini sebagai tanda
mendengar suara anak muda ini.Tetapi, perkara ini tidak perlu dibuat
secara terburu-buru kerana ia melibatkan pelbagai aspek.
“Jika mereka berani berdemo begitu lama, pasti ada sesuatu yang menebal di dalam sanubari mereka.
“Biarpun tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu, kerana banyak
saluran lain yang boleh digunakan, namun saya menghormati hak mereka
kerana sudah termaktub dalam sistem demokrasi di negara ini,” katanya.
Katanya, konsep ujrah yang dikenakan kepada peminjam adalah begitu rendah berbanding membuat pinjaman menerusi bank.
Selain isu yang membabitkan kadar caj ini, Kementerian Pengajian Tinggi
juga sedang mengkaji semula perubahan pinjaman PTPTN kepada bentuk
biasiswa yang terhenti pada tahun 2005.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan