Sabtu, 14 April 2012

Perbuatan Khianat, Bendera Pas Dicabut?

MSO


Sehingga catatan ini dibuat belum ada pengesahan atau kenyataan dikeluarkan oleh Pas setempat berhubung ketiadaan beberapa helai bendera parti itu yang dipasang di Jalan AU menghala ke Taman Melawati menuju ke rumah Inchek Ibrahim Ali berdepanan dengan Old Town Withe Coffee di Taman Permata, Hulu Kelang.

Semalam (Rabu) beberapa helai bendera Pas telah dipasang bersilih ganti dengan bendera Dacing tetapi hari ini satu helai pun bendera Pas di lokasi berkenaan sudah tidak ada lagi.

Tidak dapat dipastikan apakah kehilangan bendera Pas itu perbuatan khianat ataupun pihak Pas sendiri yang mencabutnya?

Pas memasang bendera itu tengah malam Selasa lalu, sebagai 'melawan' bendera BN yang sudah dipasang beberapa hari sebelum ini.

Ternyata pemasangan bendera Pas mengatasi bendera BN, sekali pandang Pas telah menguasai kawasan berkenaan secara mendadak.

Sukar untuk dipercayai kalau Pas bertindak memecat bendera mereka kerana sebahagian yang di pasang berhampiran flyover, simpang ke Taman Melawati bendera itu masih kelihatan dan berkibar megah.

Dalam pemerhatian saya keadaan bendera BN tidak berkurang satu pun, dalam kata lain tiada pengkhinatan ke atas bendera BN, kecuali petang ini beberapa batang tumbang dan kelayuan disebabkan ribut. Ada bendera BN yang hanyut dan masuk longkang dan dipijak kereta.

Sekiranya kehilangan bendera Pas itu kerana perbuatan khinat betapa keji dan jahatnya orang yang melakukannya. Mereka jelas tidak menghormati prinsip demokrasi dan kebencian kepada Pas itu menunjukkan golongan berkenaan dalam keadaan terdesak dan 'budak' politik.

Diharap pihak Pas setempat, Pas Taman Permata Hulu Kelang dapat memberi penjelasan berhubung hal ini dan sekiranya ia adalah perbuatan jahat, Pas perlulah mengawasi bendera mereka atau tidak memasangnya sehinggalah tiba ke saat parlimen dibubar bagi mengelakkan kejadian itu berulang.

Saya bimbang kalau Pas terus memasang dan ada pengkhianat haram menyebabkan pergaduhan mungkin berlaku dan ia akan mencemarkan keadaan. Kalau pun Pas tidak berlawan memasang bendera rasanya sokongan dan kepercayaan kepada Pas tidak pun akan berkurangan. Tindakan semua pihak hendaklah bijak

Tiada ulasan: