Sabtu, 21 April 2012

Penyokong BERSIH panaskan badan di Melaka

 
Kira-kira 30 penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka berhimpun di Dataran Pahlawan Mall hari ini sebagai tanda sokongan perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Perhimpunan yang dianggap sebagai Pra-Bersih 3.0 itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan "duduk bantah" yang dirancang di Kuala Lumpur minggu depan.

NONEMenurut wakil kumpulan terbabit Philip Chua, perhimpunan itu diadakan juga bagi memberitahu orang ramai di Melaka yang tidak dapat bertolak ke Kuala Lumpur 28 April ini supaya dapat menyertainya di Dataran Pahlawan Mall sahaja.

Philip berkata, Dataran Pahlawan Mall dipilih kerana dibina di atas tapak padang Banda Hilir yang menjadi tempat bersejarah apabila Tuanku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan sebaik pulang dari London.

"Oleh sebab itu, orang-orang di Melaka sekali lagi akan berkumpul pada tarikh tersebut bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

"Penyokong dijemput memakai apa jenis pakaian berwarna kuning dan baju T Bersih 3.0 yang tidak diharamkan tahun ini amat dialu-alukan.

NONE"Orang ramai boleh memakai topi atau topi kuning, membawa payung kuning atau memakai baju hujan kuning dengan tujuan membanjiri padang dengan suasana kuning," katanya.

Selain itu, mereka turut mengedarkan risalah mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 kepada orang ramai dan melekatkannya pada cermin kereta.

Turut hadir, ADUN kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Pada 28 April ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil akan dilangsungkan serentak di bandar besar di seluruh negara dan di seluruh dunia.

Tiada ulasan: