Sabtu, 28 April 2012

Pemimpin PAS sudah bersedia ke Dataran Merdeka

 
"Kita menunggu masa, lepas solat Zohor akan mula bergerak ke sana," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi.




PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin utama PAS sudah berada di beberapa lokas tertentu sebelum berarak ke Dataran Merdeka jam 2 petang ini.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di pejabat agung parti di Jalan Raja Laut, manakala timbalannya Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub berada di Masjid Negara.

‘Presiden dan pemimpin serta penyokong akan berarak ke Masjid Negara sebelum berkumpul dengan pemimpin dan penyokong di situ dan menuju ke Dataran Merdeka.

“Kita menunggu masa, lepas solat Zohor (kita) akan mula bergerak ke sana,” kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata, mengikut maklumat terbaru puluhan ribu orang sudah berada di beberapa kawasan tertentu untuk menuju Dataran Merdeka.

Dalam perkembangan berkaitan, unit amal PAS semakin sibuk mengawal orang ramai sebelum acara kemuncak jam 2 petang nanti.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka bertugas di kawasan lokasi yang ditetapkan.

“Jumlah unit amal ialah 3, 000 orang. Kita juga mendapat bantuan 1, 000 orang dari Pemuda PAS seluruh negara,” tambah beliau.

Tiada ulasan: