Pada 5 April, Zambry Abdul Kadir mendedahkan satu surat yang menyatakan bahawa Nizar terlibat dalam kelulusan syarikat Vale di Teluk Rubiah. Blogger-blogger Umno telahpun mendapat salinan surat tersebut beberapa hari sebelum itu.
Menagapa baru sekarang Zambry mendedahkan surat tersebut? apakah kerana sudah merasa kehangatan tentangan penduduk Manjung? Ataupun sudah merasa kedudukan politiknya sudah terancam?
Apabila Zambry mendedahkan surat tersebut, maka setiap penyokong Umno mula menjerit “Nizar pembohong!!”. Akhbar-akhbar pencacai juga serentak memainkan isu tersebut dengan harapan imej Nizar akan terjunam. Tapi bila diminta supaya turut sama mendedahkan semua dokumen yang melibatkan Vale, Zambry enggan melakukannya.
Sebenarnya, ada satu peristiwa lain yang menyebabkan Zambry naik marah dan kelam kabut.
Kalau disorot kembali apa yang berlaku dalam bulan March, kita akan mendapati bahawa Najib turun ke Perak sebanyak empat kali. Mengapa Najib turun begitu kerap? Kerana Umno Perak kucar kacir. apa yang dilihat dalam kehadiran yang ramai dalam program Najib hanyalah propaganda kerana sejumlah wang banyak telah ditaburkan untuk mencipta persepsi bahawa Umno Perak sudah kuat.
Najib tidak mahu Zambry menjadi Menteri Besar lagi sekiranya BN menang di Perak. Tetapi dengan menyingkirkan Zambry, ia boleh melenyapkan peluang BN untuk kekal dengan kuasa yang dirampasnya.
Najib mahukan Zambry bertanding di Parlimen Parit Buntar manakala Zahid Hamidi akan bertanding di DUN Rungkup, dengan harapan, Zahid akan menjadi Menteri Besar Perak akan datang. Zahid adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak manakala Najib adalah Pengerusinya.
Oleh itu, Najib perlu memperkuatkan Umno semaksima mungkin bagi menghadapi impak daripada penyingkiran Zambry sebagai Menteri Besar.
Usaha-usaha Najib itu masih belum menampakkan kejayaan kerana berdasarkan kajian dalaman Umno mendapati bahawa hampir 90% pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk tidak mengundi Umno dan BN.Walaupun peratus pengundi India yang kembali kepada BN sudah meningkat, tetapi Umno pula menghadapi masalah dengan pengundi Melayu.
Apa yang dilakukan oleh Umno bukan saja menyebabkan pengundi menjadi meluat, malah strategi yang digunakan sudah “overkill”. Dengan memberikan pelbagai label kepada Nizar, Umno sudah dilihat menjadi macam Pas tahun 80an.
Najib sudah tidak memperdulikan Perak..Zambry kena buktikan kemampuannya. Kalau tidak, Zambry mungkin tidak tersenarai langsung dalam PRU ini.
Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Tengku Razaleigh melawat Perak pada 1 April 2012. Yang lebih mengecewakan Zambry ialah Tengku Razaleigh bukan berjuma dengannya, tapi berjuma Nizar!!
Apa perbincangan Nizar dengan Ku Li? Pertemuan Nizar dengan Ku Li sudah pasti tidak dapat disorok. Dan apa yang dibincangkan oleh Nizar dan Ku Li sudah pasti dapat dihidu oleh Zambry.
Dalam keadaan terdesak, Zambry perlu melakukan sesuatu untuk menjatuhkan Nizar.Dan dengan sebab itulah, maka Zambru mendedahkan dokumen yang mengaitkan Nizar dengan Vale.
Tapi tindakan Zambry itu memakan dirinya sendiri. Pendedahan itu turut mendedahkan peranan Raja Azlan Shah dalam kes ini. Dan setiap hari, Zambry terpaksa melakukan damage control.
Surat yang dikatakan surat kelulusan oleh Nizar itu tidak benar. Nizar mencabar Zambry supaya mendedahkan semua dokumen berkaitan Vale tetapi Zambry enggan. Sebaliknya, Zambry melakukan kesilapan apabila berkata bahawa dia memilih Teluk Rubiah kerana kedudukan yang bersesuaian. Boleh baca disini.
Siapa yang memilih Teluk Rubiah? Nizar atau Zambry?
Dan mengapa Zambry enggan mendedahkan apa-apa dokumen lagi?
Siapa yang cakap benar dan siapa yang berbohong?
Siapa pun tak akan tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selagi semua maklumat dirahsiakan. Dan Zambry sudah mengatakan tidak akan ada lgi dokumen yang akan didedahkan.
Apa pilihan kita?
Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku ialah mendedahkan semua dokumen. Dan hanya boleh dilakukan dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Kemudian kita suruh Pakatan Rakyat mendeklasifikasikan maklumat tersebut seperti mana Khalid Ibrahim mendedahkan siapa dalang projek babi di Selangor.
Semasa berjumpa Nizar ketika pelancaran media perak minggu lepas, aku sempat bertanya kepada Nizar sama ada dia sanggup berdebat dengan Zambry tentang isu Vale. Dan Nizar menyatakan kesanggupannya tidak kira dimana.
So..isu Vale nampaknya tidak akan terhenti disini saja malah akan terus menghantui Zambry.
Bagi Zambry.. V is for Vale. Tapi bagi Nizar..V is for Vendetta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan