Jika mana-mana daripada anda merupakan
pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Melaka dipelawa untuk
mengundi di parlimen Bukit Katil menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Masalah alamat tak sama dengan tempat mengundi?
Tiada masalah sebenarnya, kerana
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
akan menguruskannya penukaran alamat bagi membolehkan anda mengundi di
Parlimen Bukit Katil, Melaka untuk buat sementara waktu sahaja. Kos
penukaran alamat? Kos menukarkannya akan diselesaikan sendiri oleh
kerajaan Negeri Melaka. Ini hanya untuk sementara waktu sahaja yang akan
digunakan untuk tujuan pembuangan undi semasa Pilihanraya Umum ke 13
kelak.
Keputusan Pilihanraya Umum 2008 – Parlimen Bukit Katil
Berdasarkan keputusan Pilihanraya Umum
ke 12 (2008), Datuk Md Sirat (Barisan Nasional) hanya menang dengan
majoriti sekitar 1,700 undi sahaja. Dan dilaporkan keadaan sekarang
sudah berubah dah kritikal ketika ini. 50-50. Apa yang ditakuti sekarang
jika Cina berjaya mengambilalih parlimen tersebut.
Setakat ini di
Melaka, DAP berjaya mendapat satu kerusi parlimen iaitu Parlimen Kota
Melaka. Dan di Melaka, DAP berjaya merebut beberapa kerusi dun tumpuan
di Melaka termasuklah Kota Melaka dan Ayer Keroh.
Yang pastinya, memang tiada laporan
melibatkan unsur-unsur paksaan setakat ini. Cuma pelajar IPT diberikan
pilihan menjelang hari mengundi semasa Pilihanraya Umum kelak. Begitulah
antara bait-bait kenyataan yang diberikan oleh Muhammad Asri Yaakub
(MPP UTEM – Exco Perhubungan Antarabangsa & Korporat) merupakan anak
kepada ADUN Sungai Udang (Melaka), YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin
berdasarkan video yang sempat dirakam baru-baru ini seperti di bawah ini
:
Dan kerajaan melaka sudah mengeluarkan kenyataan dan tampil menjelaskan isu ini :
- Yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penukaran alamat adalah, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato’ Othman Mohamad
- Kerajaan negeri akan menanggung kos penukaran alamat pada kad pengenalan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke 13
- SPR dan JPN akan membantu melancarkan proses ini
Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka. Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.
Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan
tanggungjawab itu.
“Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing. ”Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.
“Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. (Sumber : Malayskini)
P/S : Ini di Melaka, bagaimana pula di tempat lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan