Ahad, 15 April 2012

Isu sekolah Cina akan beri kesan kepada MCA dalam PRU, kata persatuan Cina


KUALA LUMPUR — MCA akan menghadapi kesan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 ekoran tidak menangani isu sekolah cina dengan berkesan, kata sekumpulan persatuan Cina.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCH) berkata, parti itu akan hanya memperolehi beberapa undi dalam pilihan raya akan datang kerana gagal memastikan sekolah vernakular Cina tidak dilayan secara adil oleh Putrajaya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh ahli akademik Cina adalah “penipu” apabila mendakwa kerajaan menganak-tirikan sekolah vernakular kerajaan.

Setiausaha Agung KLSCAH Stanley Yong berkata, beliau merasakan MCA akan ditolak oleh pengundi berdasarkan penerimaan diberikan kepada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sewaktu perhimpunan dua minggu lalu.

Wee, yang juga timbalan menteri pendidikan telah dihalau selepas di kritik oleh peserta, yang sebelum itu mendakwa telah ditumbuk di muka.

Perhimpunan anjuran Persatuan Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) mengadakan bantahan berikutan kekurangan guru di sekolah Cina yang berkelayakan dalam sistem pendidikan nasional.

“Mereka berkata MCA tidak lagi revelan ... saya rasakan semakin ramai pengundi menolak MCA,” kata Yong kepada The Malaysian Insider.

MCA menerima kekalahan teruk ketika pilihan raya 2008, dengan menyaksikan mereka kehilangan separuh kerusi kepada 15 daripada 31. Barisan Nasional (BN) itu tidak menunjukkan peningkatan di setiap negeri.

Yong menjelaskan walaupun mempunyai ramai menteri di Kabinet sejak Merdeka, MCA gagal untuk mengetengahkan polisi Putrajaya berhubung sekolah Cina walaupun kominiti Cina sudah berulangkali membangkitkan isu ini.

Ini akan mengakibatkan masyarakat Cina menyalahkan parti berkenaan, terutamanya apabila ahli politik MCA sendiri memegang portfolio timbalan menteri pelajaran.

“Beliau adalah Cina, dan komuniti Cina menderita, dan timbalan menteri pelajaran adalah Cina, tapi tidak melakukan sebarang tindakan, sudah tentu kemarahan itu akan dilepaskan kepadanya,” tambahnya.

Yang turut memberi amaran MCA sudah kesuntukan masa untuk memperolehi undi memandangkan pilihan raya semakin hampir, namun parti itu masih lagi mempunyai harapan dengan mengemukakan pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah Cina.

MCA harus melakukannya walaupun terpaksa menggunakan dana parti dan bukan daripada kerajaan persekutuan “bagi mengurangkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati” yang dirasai pengundi Cina,” katanya.

Namun beliau menegaskan ini hanyalah langkah pencegahan dan Putrajaya perlu melayan sekolah Cina “sama seperti” sekolah kebangsaan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menyelesaikan isu ini.

“Mereka harus menyemak kembali kritikan dan tuntutan, bukannya menolak rungutan mereka seperti dibangkitkan pembangkang.

“Ini bukan sahaja tidak professional, malah tindakan kebudak-budakan,” katanya.

KLSCAH adalah payung terbesar kumpulan Cina di Selangor. Dibentuk 85 tahun lalu, mereka mempunyai 420 ahli terdiri daripada barisan ahli perniagaan dan aktivis awam.

Tiada ulasan: