THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR— Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga
Sreenevasan berkata protes di “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka Sabtu
depan akan tetap dilangsungkan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) menolak permohonan mereka.
“Kami tetap akan meneruskan rancangan itu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata, pihaknya menerima surat balas daripada DBKL awal pagi tadi menolak permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan di dataran bersejarah tersebut pada 28 April ini.

“Kenyataan satu perenggan itu mengatakan program kami ini tidak
bersifat nasional dan tidak sesuai dijalankan di Dataran Merdeka.
“Kenyataan itu berbunyi ‘Dataran Merdeka untuk acara yang bertahap nasional. Contohnya, Hari Kebangsaan dan Hari Wilayah Persekutuan dan acara yang setaraf dengannya’,” kata Chin yang dighubungi The Malaysian Insider.
Tambah Chin, surat itu ditandatangani oleh Datuk Normah Malik, Timbalan Pengarah Pengurusan DBKL.
Perhimpunan Bersih kali ini adalah sambungan daripada perhimpunan rasaksa mereka pada 9 Julai tahun lalu.
Pemimpin PAS Pusat turut mengerahkan setiap anggotanya untuk menyertai pehimpunan Bersih 3.0 kali ini sebagai sebahagian usaha mereka menuntut pilihan raya yang adil bersih.
Setiusaha Agung Pakatan Rakyat (PR), Datuk Mustafa Ali, menjelaskan jentera parti itu akan digerakkan bagi menyertai protes tersebut.
Menteri Dalam negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein semalam berkata perhimpunan 28 April itu bukanlah ancaman kepada keselamatan negara.
“Perhimpunan 28 April ini bukanlah satu isu,” katanya kepada pemberita.
Tambah beliau, kerajaan telah menunaikan tuntutan mereka melalui Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tahun lalu, termasuk juga pembentukan PSC bagi kajian menyeluruh terhadap Akta Keselamatan Dalam negeri, dan juga kilang radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.
Hishamuddin turut menggelarkan penganjur dan peserta Bersih adalah tidak bertanggungjawab.
Bersih 2.0 tahun lalu berlaku pada 9 Julai dan menyaksikan ribuan rakyat turun ke jalanan dan mengadakan protes menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih.
Namun begitu, pihak polis telah menggunakan kekerasan ketika meyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Tindakan itu mendapat perhatian antarabangsa, dan tidak selari dengan pembaharuan yang dicanangkan kerajaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan