Khamis, 19 April 2012

Daripada 'tetek', seluar dalam wanita dan Ahmad Zahid Hamidi

  Katrina Jorene Maliamauv

Saya tidak sabar untuk diberitahu bahawa saya tidak patut ‘gotten my knickers into a knot’ untuk "perkara yang remeh temeh" itu. Ya, saya maksudkan seluar dalam wanita. Mungkin kini artikel ini akan menarik perhatian orang yang seksis.

Pada hari Selasa, 13 Mac 2012, kira-kira 30 orang aktivis wanita mewakili 15 pertubuhan wanita telah ke Parlimen dengan 2 hajat: a) untuk menyatakan hasrat mahukan kerajaan bersih, bebas rasuah penting untuk melindungi kebebasan asasi dan hak-hak wanita, dan semua;

b) untuk menjelaskan bahawa wanita mempunyai suara, pendapat, pemikiran dan kuasa untuk mempengaruhi perubahan - dan bahawa ia adalah tanggungjawab wakil rakyat untuk mendengar suara wanita dan memastikan wanita turut mengambil bahagian dalam politik dan membuat keputusan dalam negara ini.

Pada hari Selasa, 13hb Mac 2012, yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, wakil rakyat dan pemimpin salah satu kementerian yang paling berkuasa dalam kerajaan (Kementerian Pertahanan) menghina dan menolak suara dan kehadiran wanita yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya.

Apabila seorang aktivis yang bersemangat untuk menegakkan hak-hak wanita dan masyarakat menyerahkan kepadanya sarung tangan putih untuk melambangkan 'kerajaan bebas yang bersih tanpa rasuah ", yang mulia Ahmad Zahid Hamidi bertindak balas dengan memberitahu beliau bahawa dia tidak akan dapat merasai isterinya jika dia menyentuhnya dengan tangan yang bersarung '.

Ini bukanlah sesuatu yang ok.

Tidak OK, faham?

Saya ulangi: Ia bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Dan ia tidak ok.

Jika saya berdiri di hadapan anda, mendada, dengan postur lurus, memandang ke dalam mata dan bercakap tentang perkara ini, dan apa yang anda boleh fikirkan adalah keinginan menyentuh tetek dengan tangan tanpa sarung, maka anda tidak berhak untuk berdiri di tempat yang mulia ini dan bercakap bagi pihak saya.

Ya, saya sudah menyebutnya, tetek. Ia merupakan sebahagian dari anggota badan wanita.


Sudah terlalu lama, wanita diperkecilkan dan dibuli di halaman politik dan dalam membuat keputusan, saya tidak berhasrat untuk bercakap bagi pihak isteri Ahmad Zahid Hamidi, tetapi untuk menggunakan badannya sebagai bahan jenaka dan menolak sesuatu yang serius sangat dan relevan daripada aktivis wanita adalah satu lagi contoh perbuatan mereka.

Sudah berapa kali kita mendengar komen ‘bocor’, dan menganggap ia sebagai lawak jenaka? Atau mengatakan wanita 'emosi dan hanya ‘PMS-ing' apabila mereka membangkitkan isu-isu yang serius?

Setiap kali kita membiarkan ia sahaja, kita menerima tanggapan ini DAN mengecilkan suara dan peranan wanita. MP akan dilihat (walaupun secara tersirat) sebagai mereka yang bocor, manakala yang lain akan dilihat sebagai emosi dan oleh itu tidak perlu diambil perhatian secara serius.

Tidak hairanlah, walaupun 50% daripada penduduk adalah wanita hanya ada seorang MP dalam 10 orang ahli Parlimen di Malaysia.

Bukankah ia agak mengairankan jika kita terus tidak mempedulikan usaha membersihkan amalan rasuah dalam Negara namun wakil rakyat di parlimen boleh membuat lawak seksis digesa untuk melakukan tadbir urus yang baik?

Mengalihkan perhatian daripada kerajaan yang rasuah dan kotor


Pada masa ini, lawak tentang perasaan seorang wanita bermakna Ahli Parlimen dari Bagan Datoh, Perak tidak ada isu dan tidak perlu menjawab tentang kerajaan yang rasuah dan kotor. Tidak lucu, kan?

Panggilan daripada pergerakan wanita kepada Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakannya adalah untuk mengakhiri diskriminasi patriarki yang berleluasa, dan keganasan terhadap gender wanita di Malaysia. Dan bagaimana responnya?

Dengan membuat komen yang mencerminkan kawalan dan pemilikan ke atas tubuh seorang wanita.

Tubuh wanita telah digunakan, disalahgunakan, diperkecil-kecilkan dan diperkosa untuk menjadi lawak jenaka dan mainan bagi lelaki. Realitinya, terlalu ramai wanita diabaikan apabila membuat keputusan dan dikawal di dalam bilik tidur; ditampar supaya diam apabila mereka menerangkan perbezaan pendapat, dan dipaksa menjadi lemah hanya kerana mereka adalah wanita.

Berulang-ulang kali kanak-kanak lelaki diajar bahawa mengetawakan perempuan kerana mereka ‘bodoh dan terlalu emosi dan lelaki adalah kuat dan wanita mestilah manis dan bersedia untuk berkhidmat. Mungkin itulah sebabnya ramai daripada kita telah terbiasa apabila lelaki dewasa melayan rakan-rakan wanita mereka dalam cara yang begitu hina.

Selama bertahun-tahun, kita puas berjuang untuk menjadi diri sendiri dan untuk adik kakak kita - untuk tubuh kita, maruah kita, hak kita dan kehidupan kita. Dan lagi, serangan ke atas tubuh kita, fikiran dan suara terus kedengaran dalam bentuk lawak jenaka kepada perogol yang memperkosa wanita.

Sehingga bilakah kita akan mula bersuara untuk menyatakan cukuplah!

Menghancurkan tradisi patriarki!

Kita mesti menyatukan suara wanita dan tubuh mereka, kita mesti menghentikan benih patriarki.
Adalah menjadi tugas kita untuk berjuang menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Ia adalah kewajipan Negara untuk memastikan perjuangan akan menang.

Oleh itu, wakil rakyat perlu faham bahawa jika mereka harus terus memijak tubuh, hak dan suara kami, kami akan menggunakan tubuh kami, hak kami dan suara kami untuk memastikan mereka dilucutkan dari kuasa mereka.

Kami akan melawan. Kami akan mencabar. Kami akan menyoal. Kami akan menuntut.

Dan satu hari, akhirnya kita akan menghancurkan kuasa patriarki, dengan tangan yang bersarung atau tanpa sarung.

Yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, dan pengikutnya yang berfikiran serupa, harus ingat akan ini sampai bila-bila. - Malaysia Chronicle

(Translated by Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle. To read the original in English, please click into Of 'tits', 'knickers' and Ahmad Zahid Hamidi)

Tiada ulasan: