Sabtu, 21 April 2012

Ambil Pengundi Luar, Beri RM500 BR1M Kerana Umno Tidak Yakin

Wartawan Buletin


DUNGUN – Rakyat hilang keyakinan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu tidak melaksanakan pemerintahan dengan baik dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Islam.

Menurut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Umno/BN  telah menurut telunjuk penjajah dengan melabelkan Islam sebagai tidak maju dan Negara akan mundur sekiranya melaksanakan hukum-hukum Islam.

Sebaliknya beliau menegaskan, kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin beliau telah melaksanakan Islam sejak 20 tahun lalu dan semakin maju.

“Cuba ambil contoh Kelantan, kecil sahaja negeri Kelantan, mula-mula kita memerintah kita ambil duit dari bank konvensional (riba) kita masuk kepada bank Islam, tahun 1990 dulu lagi saya buat sehingga sekarang  tidak ada apa-apa,

“(dia kata) kalau buat Islam tidak ada kemajuan (tetapi) Kelantan 40 kali sehari penerbangan, 20 kali naik 20 kali turun, 3 buah syarikat (penerbangan), (kapalterbang) naik turun, naik turun 40 kali buat kerja apa sekiranya tidak ada kemajuan,”tegasnya.

[Gambar Kanan Atas - Tok Guru mnandatangani plak perasmian bangunan PAS DUN Sura ]

Beliau yang juga Menter Besar Kelanta, berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Sura pada Jumaat malam 20 April di Kampung Molek dekat sini.

Sebelum itu, menurut beliau, tindakan Umno/BN memberikan wang RM500 Bantuan rakyat 1 Malaysia kepada rakyat adalah kerana Umno/BN tidak yakin rakyat akan mengundi mereka pada pilihanraya akan datang.

“Dia (Umno/BN) beri duit RM500, seumur hayat saya, tidak pernah Umno beri RM500, (dia beri) kerana Umno yakin orang Melayu (dan) rakyat Malaysia tidak mahu mengundi dia,”ujarnya.

[Gambar Tengah - Ribuan warga DUN Sura yang hadir mendengar Mursyidul Am PAS menyampaikan ucapan ]
Beliau turut menyifatkan tindakan Umno/BN mengambil pengundi luar dan warga asing untuk menang dalam pilihanraya sebagai satu penipuan.

Katanya, Umno terpaksa menipu kerana parti itu gagal untuk memerintah dengan baik.

“pengundi hantu, rela kita ambil orang luar, nak perintah negeri ambil orang luar (jadi pengundi), ambil orang luar (jadi pengundi adalah) menipu, (tak Ingat) syurga neraka,

“kalau buat (memerintah dengan) molek, kalau ikut hukum Islam (orang akan sokong),”jelasnya.

[Gambar bawah - Tok Guru menyampaikan watikah terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan 'saham' mereka membina Bangunan PAS DUN Sura]
Turut hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Yang DiPertua PAS Dungu merangkap ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly

Lebih 5,000 orang hadir dalam majlis bersejarah itu yang telah mengumpulkan jumlah sumbangan derma melebihi RM21,000.00

Tiada ulasan: