Isnin, 30 April 2012

Ambiga: ambil tindakan terhadap perusuh ganas

KUALA LUMPUR — Datuk Ambiga Sreenavasan menggesa perusuh ganas menghadapi "tindakan undang-undang" sekiranya mereka menentang dan memprovokasi pihak polis.

Pengerusi Bersama Bersih itu berkata kepada The Malaysian Insider beliau sangat "terkesan" dengan laporan yang mengatakan perusuh "Duduk Bantah" yang dikatakan aman, memprovokasi malah menyerang pihak polis ketika insiden semalam.

"Bagi saya, tiada persoalan untuk itu, kami tidak pernah bertoleransi dengan sebarang keganasan, mereka perlu dikenakan tindakan undang-undang. Perkara ini langsung tidak boleh diterima," katanya semalam.

Ambiga telah memberikan respon berkenaan laporan yang mendakwa perusuh berkeras walaupun telah diarah bersurai, sebaliknya bertindak ganas terhadap pokis dengan melempar objek seperti kepingan konkrit, kon trafik, botol air dan batu ke arah mereka.

Namun begitu, bekas pengerusi Majlis Peguam itu menegaskan beliau tidak melihat insiden tersebut, sebaliknya, berdasarkan kawasan di mana beliau berada, demonstrasi itu berlangsung secara aman.

"Daripada tempat saya berdiri, keadaan aman. Saya tak tahu siapa mereka ini ... tapi mereka perlu menghadapi tindakan undang-undang. Tiada alasan," katanya.

Beliau mengulangi pendirian yang ditimbulkan pemerhati, apabila keadaan kelam kabut itu dimulakan oleh "agen provokasi" apabila melanggar halangan polis di sekeliling Dataran Merdeka, yang mana melanggar perintah mahkamah.

Tambahnya, siatuasi itu "sukar dipercayai" apabila ribuan perusuh, yang sebelum ini bertenang, tiba-tiba berlaku kekacauan.

"Namun perlu diingat saya tidak mengetahui berkenaan keganasan ini," katanya.

Ambiga menambah pihak berkenaan Bersih sedang mengumpul maklumat berkenaan perhimpunan itu bagi mengenal pasti punca provokasi dan keganasan perusuh Bersih.

Rusuhan mula berlaku apabila polis mula menahan peserta rusuhan hampir empat jam selepas Bersih 3.0 diisytiharkan tamat oleh pemimpinnya apabila perusuh dianggarkan 1,000, enggan meninggalkan kawasan demonstrasi.

Terdapat juga perusuh yang mencabar dan memperolok-olokan pihak pikis walaupun menerima arahan untuk bersurai.

Perhimpunan bertukar ganas apabila pihak polis menangkap seorang lelaki di Jalan Tun Perak yang mana penyokong mula membaling objek seperti botol, dan kepingan konkrit ke arah polis

Disebalik kekecohan itu, turut terdapat khabar angin ada empat perusuh meninggal dunia dalam perhimpunan tersebut, dengan seorang daripanya dikatakan mati ditembak, menambah kemarahan peserta.

Turut dikatakan kenderaan membawa Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail terpaksa membuat pusingan U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan perusuh.

Mereka membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah polis dan memecahkan cermin kereta berkenaan.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara peribadi turut mengakui keganasan itu adalah lebih teruk daripada perhimpunan tahun lalu, dan cubaan "mengawal perusuh" adalah teruk.

"Arahan untuk bersurai telah dibuat, pulang ke rumah masing-masing.

"Pemimpin Pakatan kata dah selesai. Jika kamu masih berdegil, tanggung sendiri," kata Unit Amal PAS kepada perusuh semasa perhimpunan Bersih semalam. — Reuters

Tiada ulasan: