Rabu, 14 Mac 2012

Wakil rakyat BN dakwa belum dapat peruntukan tahunan

Bagaimanapun, wakil rakyat di mana kerusi Parlimen dimenangi BN telah mendapat peruntukkan tersebut



SHAH ALAM: Ada wakil rakyat BN di Selangor mendakwa belum mendapat peruntukan tahunan.

Bagaimanapun, dakwanya, wakil rakyat di mana kerusi Parlimen dimenangi BN telah mendapat peruntukkan tersebut.

“Saya belum menerima peruntukan tersebut tetapi saya mendapat tahu kawasan yang BN menang kerusi Parlimen telah dapat.

“Pada tahun lalu saya mendapat RM1 juta dengan syarat setiap perbelanjaan perlu ada resit untuk diaudit,” kata beliau.

BN Selangor menguasai enam kerusi Parlimen – Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar, Pandan, Tanjung Karang dan Sepang serta 14 Adun.

Peruntukan JPM

“Wang RM1 juta itu bukannya semua kita dapat tetapi terpaksa dibahagikan kepada parti komponen BN lain. Saya dapat RM300, 000 sahaja,” kata wakil rakyat itu lagi.

Sementara itu. seorang pegawai Umno Puchong memberitahu, peruntukan tersebut diberikan oleh JPM untuk pelbagai kegunaan di kawasan masing-masing.

Katanya, ketua bahagian tidak mendapat wang kerana pembayaran terus diberikan kepada pihak yang melaksanakan projek.

“JPM tidak beri tunai terus kepada ketua bahagian tetapi berdasarkan projek yang dibuat. Contohnya jika projek RM20, 000 JPM akan bayar RM20, 000.

“Peruntukan juga bukan RM1 juta tetapi berdasarkan projek dan jumlah keperluan tetapi mesti ada resit.

“Umno bagi wang untuk projek parti, manakala projek pembangunan dibiayai JPM,” tambah beliau.

Tiada ulasan: